
1. IDN iaitu Identiti Digital Nasional (ID Digital Nasional) sedang hangat diperkatakan. Ada yang bahas dari sudut teknologi, dari sudut politik dan sebagainya. Tapi yang paling mencabar tahap intelektual bila orang kata IDN ni bahaya sebab tanam cip kat badan macam vaksin, gelombang 5G, konspirasi freemason new world order, agenda dajal, muslihat kerajaan nak kawal rakyat, manusia akan jadi robot kawalan jauh dan sebagainya.2. Biasa yang cakap ni dari orang yang takde ilmu, atau orang yang tak percaya pada teknologi, yang percaya teknologi ni selalu dikaitkan dengan benda tahyul dan segala mak bapak nenek teori konspirasi, tapi hari-hari guna telefon, Internet, media sosial, TV, kereta, yakni teknologi juga. Terlalu banyak lambakan misinformation...