Selasa, 28 Januari 2020

4 Rakyat sudah tidak lagi taksub pada ahli politik

1. Satu perubahan baik yang aku nampak apabila kerajaan bertukar ada PRU14, adalah ketaksuban rakyat terhadap pemimpin dan parti politik semakin berkurangan.

2. Suatu ketika dulu, rakyat kita terlalu taksub dengan pemimpin dan parti politik. Bila ada pemimpin tinggi kena pecat, gerombolan rakyat turun berdemo mempertahankannya.

3. Bila PM nak letak jawatan, ramai orang menangis dan suruh dia tarik balik keputusan. Bila ada pemimpin kena tuduh atau dakwa atas apa-apa kesalahan, ramai orang buat kecoh pertahankan dia sambil laung Takbirrr!!

4. Bila pemimpin kerajaan ada isu yang tak menyenangkan, pemimpin pembangkang ajak tibai dan turun ke jalanan berdemo beramai-ramai. Lepas tu penyokong kerajaan pun turun jugak ramai-ramai nak counter lah. Siap ada baju lagi baju kuning lah, merah lah, hitam lah.


5. Bila pemimpin kalah pilihan raya, penyokong tak boleh terima. Mula la cakap tipu la, berat sebelah la, pengundi hantu la, black out lah, bawak lari peti undi lah.

6. Lepas tu banyak lah cyber trooper duk tulis sana sini kat blog dan media sosial pertahankan ketua mereka, hina ahli politik lawan siap edit dengan muka babi, jaja fitnah dan persepsi sana sini.

7. Tapi sekarang ni, pemimpin yang disokong kalah pilihanraya? Ok whatever.

8. Pemimpin kena letak jawatan? Kita buat petition online je lah.

9. Ada orang nak cabar jawatan tinggi dalam parti? Apa-apa jelah. Tak kisah pun.

10. Pemimpin dikaitkan dengan video kontroversi? Nak kena backup ke? Lantaklah takde kaitan dengan aku.

11. Ahli politik kena dakwa rasuah? Yeah whatever. Biar je lah mahkamah setelkan.

12. Perbualan pemimpin dengan bini dirakam? Pandai-pandai lah mahkamah buat kerja.

13. Ahli politik kena tangkap dadah? Tanggung lah sendiri.

14. Minyak tak turun? Kos sara hidup tak turun? Elaun kakitangan kerajaan ditarik? Parti pembangkang pun relaks je tak berdemo pun.

15. Bekalan air takde selama 3 4 hari? Dah takde siapa nak mandi dan bertuala depan pagar pejabat SUK ke?

16. Ahli politik nak tarik diri dari arena politik? Oh ada ye? Ada siapa-siapa nak backup ke?

17. Ada isu perkauman dan nasionalisme? Jap tulis pandangan kat FB.

18. Ada pemimpin rasmikan lampu trafik? Nak buat kereta terbang? Rakyat susah tapi pemimpin beli kereta mewah? Wabak coronavirus belum serius untuk larang pelancong China? Dulu time Ahmad Maslan jadi menteri kena troll, ingat sekarang ni kena bagi pengecualian?

19. Suami buat hal kahwin lagi senyap-senyap? Main kayu tiga dengan perempuan lain kat Wicet atau Omi? Jom viralkan kat FB, lepas tu jom netizen kita kecam berjemaah. Tiberrrr.

20. Rakyat sekarang dah relaks dan kurang taksub macam dulu sebab dah sedar yang ahli politik ni kat celah mana pun penuh taik.

21. Bagi ahli politik ni, kepentingan diri sendiri lebih utama dari kepentingan rakyat. Aku tak cakap semua, tapi lazimnya macam tu. Yang baik dan bagus biasanya sama ada tak dapat jawatan, duduk bawah-bawah, atau tak kekal lama dalam politik lalu merajuk bawa diri buat benda lain.

22. Jadi buat apa nak perbodohkan diri jadi hamba politik? Lebih baik kita jaga diri kita sahaja dan buat kerja yang lebih menguntungkan masa depan kita sendiri.

23. Sebab at the end, kita bodo-bodo taksub kat ahli politik pun, bila kita susah, bukan diorang yang tolong pun. Ada la mungkin diorang datang rumah korang siap peluk cium korang lagi, atau tabur janji buat projek itu ini, bila musim pilihanraya lah tapi, kah kah kah.

24. Aku harap mentaliti ini akan kekal dalam sanubari masyarakat Malaysia sampai bila-bila walaupun kerajaan PH sekarang ni mungkin sepenggal, atau kerajaan BN kembali menjadi kerajaan, atau PAS pula jadi kerajaan.

25. Serius aku cakap, lepas ni kalau ada mana-mana pemimpin parti politik kerajaan mahu pun pembangkang ajak lagi turun berhimpun berdemo macam orang gila untuk pertahankan sesiapa atau bantah isu apa-apa, jangan harap la dapat sambutan luar biasa macam dulu. Paling tidak pun mungkin 100 orang geng-geng sendiri yang datang.

26. Sebab apa? Sebab kau orang bila jadi pembangkang boleh la sembang macam celaka, tapi bila dah jadi kerajaan dah jadi menteri sama je macam celaka jugak buatnya.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: rakyat sudah semakin sedar tidak lagi taksub fanatik pada ahli parti politik pemimpin kerajaan pembangkang demo 

4 ulasan:

  1. 😥😥😣😣🙄🙄😪😪😢😢😤😤😱😱😰😬😩😧😦😨😨😨😨😨😩😩😩😩😩😩😩😩😩😩

    BalasPadam
  2. weyh marah benor nengok kome.. XD ahahahaha

    aduhai.. erm... org undi first time... and erm... result erm... sedih.. ermmmm

    BalasPadam
  3. Kesedaran aku masa 2008, beberapa bulan lepas PR menang besar..
    Bila BN (tak silap) cadangkan naikkan gaji MP, PR yang "perjuangkan rakyat" elok sama-sama pakat sokong.
    Siapa pun yang naik, sama je ketahian dia. Cuma aku kesalkan pengundi yang buta2 percaya janji mnais yang tak masuk akal.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.