Khamis, 27 Mei 2021

3 Pemimpin bermaruah adalah yang punya empati

1. Satu benda yang paling mudah nak dibuat tapi orang kita tak suka buat adalah minta maaf.

2. Sebab tu dari dulu lagi kita jarang sangatlah dengar pemimpin kita meminta maaf, kerana kita bila dah jadi pemimpin ni, kita punya ego tu dia lain macam sikit. Kita tidak boleh ditegur, akan rasa diri sentiasa betul.

3. Pemimpin ini bukan sekadar pemimpin kerajaan sahaja, termasuk pemimpin di suatu organisasi, syarikat dan sebagainya.


4. Contohnya kalau ada masalah berlaku di tempat kerja, bos-bos biasanya akan salahkan orang lain dulu sebab nak lepaskan tengkuk dia je.

5. Sebab tu bila berlaku kemalangan keretapi bertembung kat negara mana entah, pemimpin syarikat keretapi tu cakap benda tu normal je, ala macam eksiden biasa jelah.

6. Sidang media itu sepatutnya lebih fokus tentang tragedi tersebut, tentang mangsa, tentang masalah yang berlaku, tentang jalan penyelesaian, itu yang rakyat terutamanya mangsa dan keluarga mangsa mahu dengar.

7. Malangnya sidang media tu dah jadi tentang dia. Maafnya tanpa diiringi kekesalan. Bila wartawan tanya macam-macam dibalasnya jangan provok, jangan negatif, bagi alasan lambat sebab ada temujanji vaksin, kemudian berseloroh dan gelak ketawa. Langsung tak sensitif terhadap mangsa yang terlibat. Macam takde common sense. Serius, tiada apa yang melucukan dalam tragedi ini.

8. Cuba tengok pemimpin di negara lain, Singapura dan Jepun misalnya. Bila ada tragedi berlaku, benda pertama yang mereka buat adalah meminta maaf, walaupun benda tu bukan disebabkan dia dan diluar kawalan dia. Jangan kata bergurau, nak senyum pun tak mampu.

9. Sewaktu terowong MRT di Singapura banjir pada 7 Oktober 2017 sehingga menyebabkan kebanyakan perkhidmatan MRT tergendala, tiada orang mati atau cedera pun, tapi pemimpinnya meminta maaf dengan penuh kesal.

10. Ketika tragedi yang melibatkan reaktor nuklear Fukushima di Jepun pada tahun 2011, walaupun punca tragedi adalah gempa bumi, namun pemimpinnya berjumpa rakyat menunduk dengan penuh rasa malu dan kesal memohon maaf pada rakyat.

11. Malah pemimpin-pemimpin negara lain sanggup meletak jawatan bila berlaku suatu tragedi atau krisis, bukanlah kerana mereka menjadi penyebab, tetapi atas rasa bertanggungjawab perkara itu berlaku di bawah kepimpinannya.

12. Andai pemimpin syarikat keretapi di negara mana entah tadi tu memohon maaf dengan penuh rasa rendah diri, ikhlas, kesal dan empati, mungkin rakyat tak rasa marah sangat.

13. Namun apakan daya terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Jika sikap sebegini ditonjolkan pada 3, 4 tahun lepas, mungkin tiada apa-apa yang berlaku sebab ramai geng akan bela.

14. Namun kini geng pun sudah kurang kuasa. Adalah lebih baik jika diri sendiri yang berundur secara terhormat, namun apakan daya, perkhidmatan telah pun ditamatkan.

15. Para pemimpin haruslah menjadikan hal ini sebagai pengajaran. Kuasa bukan hak mutlak milik kita, sebaliknya ia datang dengan tanggungjawab. Maka peganglah kuasa dengan maruah, bukan dengan ego yang besar.

 

 
P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: trageedi kemalangan lrt mrt kl prasarana komen sidang media pengerusi parodi


3 ulasan:

  1. PC akan lebih hormat kalau pemimpin tak kisahlah yang paling tertinggi di negara ke, di sektor apa dan dalam bidang apa sekalipun, bila dia adalah ketua atau yang menyandang jawatan tertinggi tapi TETAP RENDAH HATI.

    BalasPadam
  2. tapi yang melantik dia tu yang patut dipersalahkan 73%. 27% lagi baru kat dia. Kenapa lantik orang yang "tak mampu" memberi briefing yang dihadiri juga wartawan luar negara. Secara "live" pulak tu. Rasa malu, digelakkan oleh bangsa asing yang berada di sini.

    BalasPadam
  3. Mujurlah dah kena pecat.
    Takde empati dan simpati langsung lawak tak kena tempat.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Ads RichPartners