Sabtu, 9 Ogos 2025

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Mata Lalat

Jadilah seperti mara lebah, bukan mata lebah.


Buasir Otak: The Muzik - Mata Lalat
 
Lirik:
 
Mata lalat, oh mata lalat
Mata lalat, oh mata lalat

Mataku celik hatiku tertanya
Mengapa orang mudah menghina
Diberi wangian mencari cela
Disuap kasih meludah dusta

Di taman indah mencari najis
Terlalu asyik menilai hamis
Ada yang sujud dihitung salah
Ada yang maju dipijak kalah

Jadilah seperti mata lebah
Mencari bunga di timbunan sampah
Bukan mata lalat yang penuh nista
Mencari sampah walau di taman bunga

Salah orang lain sibuk nak viralkan
Salah sendiri banyak pula alasan
Kerjanya asyik hitung dosa orang
Asal ada peluang terus nak serang

Bukan aku suci bersih sempurna
Bukan juga merasa diri mulia
Cuma tak sanggup cari keburukan
Sedang aku juga banyak kelemahan

Jadilah seperti mata lebah
Mencari bunga di timbunan sampah
Bukan mata lalat yang penuh nista
Mencari sampah walau di taman bunga

Mata lalat, oh mata lalat
Mata lalat, oh mata lalat

Buat baik nampak salah
Tolong orang masih salah
Pakai baju apa tetap salah
Cakap apa pun semua salah
Bentangkan seribu kebaikan
Tetaplah mencari keburukan
Walaupun kadang bukanlah tepat
Itulah sifat si mata lalat

Jadilah seperti mata lebah
Mencari bunga di timbunan sampah
Bukan mata lalat yang penuh nista
Mencari sampah walau di taman bunga

Mata lalat, oh mata lalat
Mata lalat, oh mata lalat
Mata lalat, oh mata lalat
Mata lalat, oh mata lalat

Mata lalat, oh mata lalat
Mata lalat, oh mata lalat
Mata lalat, oh mata lalat
Mata lalat, oh mata lalat
 
Lirik: Prince Of Noob
Komposer: AI Generated



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri mata lalat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.