Selasa, 7 Januari 2020

0 Membina hubungan sihat sesama Youtuber Malaysia

1. Sejak aku mulakan channel Youtube Buasir Otak TV, aku join banyak group Youtube Malaysia kat Facebook untuk promote channel.

2. Ahli group ni boleh dikatakan semuanya memang ada Youtube channel, dan tujuan masuk group ni pun memang semata-mata nak promote channel masing-masing terutama Youtuber baru atau yang digelar sebagai Youtuber Pemula.

3. Jadi tak hairanlah apabila ada seseorang post kat group ini untuk promote channel dia, ramailah orang lain yang akan komen kat post dia untuk promote juga channel masing-masing.

4. Ada yang bagi komen membina sebelum promote channel, ada juga yang sekadar main spam je letak link tanpa bagi sebarang kata-kata pun. Ini semua disebabkan oleh budaya Sub4Sub.


5. Sub4Sub ni maksudnya bertukar Subscribers. Aku Sub kau, kau Sub aku balik. Macam budaya Instagram dan Twitter lah, I follow you, you follow back. Tujuannya untuk menaikkan bilangan Subscribers, atau Followers kalau di media sosial lain.

6. Aku taklah menentang sepenuhnya budaya Sub4Sub ni sebab aku pun buat, tapi kena berpada-pada dan bersederhana. Sub4Sub ni kalau dibuat terlalu kerap, silap-silap Youtube boleh detect sebagai spam, dan channel kita takkan dapat kelayakan monetize. Dan percayalah, Sub4Sub ni hanya berkesan pada skala yang sangat kecil, sebaliknya kandungan channel kita yang akan bawa kita pergi jauh.

7. Yang paling penting, ini satu tips yang aku nak bagi. Jangan sekadar spam link kalau nak Sub4Sub. Sekurang-kurangnya bagi salam dulu ke, tengok dulu video orang tu, lepas tu bagi komen yang membina sikit pasal content video orang tu, kemudian barulah minta tolong dan jemput dia datang channel kita pula.

8. Kalau orang tu post video memancing komen lah sikit "Besarnya ikan dapat, perkongsian yang menarik.", kalau video melancong komen lah sikit "Cantiknyanya tempat tu, terasa nak pergi juga nanti". Kalau video review makanan komen lah sikit "Sedapnya makan, nanti saya nak try juga lah".

9. Dah bagi komen yang membina pasal video orang tu, barulah kita tulis "Saya dah Sub channel awak, kalau sudi jemputlah singgah dan Sub channel saya pula ya. Semoga awak berjaya dan dimurahkan rezeki". Barulah sedap orang baca dan nak support.


10. Benda ni basic common sense. Bila kita nak orang tolong kita lebih-lebih lagi orang yang kita tak kenal, kita kena buat baik kat orang dulu, barulah sejuk hati orang, barulah orang senang hati nak tolong. Kita ada video, dia pun ada video. Orang yang buat Sub4Sub semua ada matlamat yang sama.

11. Macam kita minta derma dari orang, mesti ada mukadimah, tujuan minta derma, ucapan terima kasih dan doa yang baik untuknya. Cuba kalau kita pergi kat orang yang kita tak kenal, lepas tu cakap "Bagi derma kat saya" macam tu je, orang nak derma pun berat hati.

12. Jangan kata Youtube sahaja, apa-apa pun sama. Facebook ke, Instagram ke, Twitter ke, malah zaman blogging tengah popular dulu pun orang dah start budaya "I follow u, u follow me back". Cuma jangan sekadar follow sahaja, kena buat baik sesama kita, berkenalan, berkolaborasi, buat giveaway dan sebagainya, lama-lama terbentuklah network atau jaringan kenalan yang besar.

13. Tapi kalau sekadar "I follow u, u follow me back", jangan hairan kalau mereka unfollow kita balik lepas kita dah follow mereka, sebab kita tak boleh control orang pun. Kita tak kenal mereka, mereka pun tak kenal kita, jadi tak boleh buat apa itu hak masing-masing. Tapi kalau kita ada sudah ada satu imej dan hubungan yang baik, jaranglah orang akan unfollow kita balik.

14. Cara menulis ayat itu penting. Komunikasi yang berkesan juga penting. Bantu orang dahulu, buat baik dengan orang, bagi ucapan dan doa yang baik-baik, insya Allah orang akan bantu kita balik. Binalah hubungan yang sihat sesama Youtuber Malaysia. Pasaran Youtube kita bukanlah besar mana kalau nak dibandingkan dengan negara Indonesia, US dan lain-lain, jadi saling membantu dan berbuat baiklah sesama kita.

15. Sekian sahaja tips untuk kali ini. Harapnya dapat memberi sedikit manfaat pada sesiapa yang memerlukannya. Semoga kalian semua juga terus maju jaya dan sukses di dunia dan akhirat.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak youtuber pemula beginner tips panduan tutorial cara teknik dapat naikkan tingkatkan subscribers views like sub4sub view4view s4s v4v bina hubungan silaturrahim network sesama 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.