Ahad, 6 September 2020

0 Politik kita perlu butang reset untuk mula semula

1. Minggu lepas berlaku isu Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia mendakwa Youtuber Sabah, adik Veveona M menipu panjat pokok untuk views.

2. Sebelum itu ada isu seorang Timbalan Menteri hantar surat kepada Menteri untuk menyokong anaknya diberi jawatan di sebuah syarikat farmaseutikal.

3. Antara isu lain juga, seorang menteri yang baru pulang dari luar negara tidak dikuarantin dan bebas berjalan, sedang orang awam lain terpaksa dikuarantin. Bila rakyat bising, dia kena kompaun RM1,000.

4. Baru-baru ini pula, sedang penduduk Selangor menanggung pelbagai kesusahan dan keperitan disebabkan masalah air, isteri Menteri Besar berkongsi di IG gambar lori air dihantar ke kediamannya dan gambar mereka sekeluarga sedang mandi di kolam renang di rumahnya.

5. Ini antara isu-isu terkini yang melibatkan golongan kayangan berjawatan dan berkuasa. Kalau nak cerita dari dulu mau lebih tebal dari kamus dewan. Lepas buat salah, minta maaf. Nak sedapkan hati, pulangkan gaji. Tapi nak letak jawatan tak berani.

6. Dulu rajin la jugak aku ulas setiap isu politik kat blog Buasir Otak, tapi sekarang dah jarang sebab balik-balik benda sama je berlaku berulang-ulang kali. Same shit but different story, different time and different people.

7. Aku tak peduli pelakunya mewakili parti mana. PN ke PH ke sama sahaja. Semuanya sekadar mengambil kesempatan sahaja. Bila ahli politik PN buat hal, ahli politik PH tunggang isu sampai ke sudah. Bila ahli politik PH buat hal, ahli politik PN tunggang sampai ke sudah. Padahal mereka ni sebenarnya tak layak pun nak tunggang isu parti lawan, sebab mereka sama 2x5 je, malah masa jadi kerajaan, ahli-ahli politik ni takde la bagus mana pun.

8. Golongan kayangan politik ni, bila ada kepentingan je nampak macam bersama kita. Hakikatnya, they'll never with us. Mereka bukan di kalangan kita, dan mereka tidak pernah bersama kita rakyat marhaen.

9. Mereka hanya perlukan kita bila tiada kuasa. Bila dah ada kuasa, mereka tak pandang pun kesusahan kita. Mungkin kerana sudah terlalu selesa di atas, maka simpati dan empati mereka kurang pada yang bawah.

10. Mereka rasa kebal. Mereka rasa hebat. Mereka sentiasa rasa betul Mereka tidak rasa salah. Hanya kita je yang salah. Hanya kita je yang menipu. Hanya kita je yang malas. Tapi bila mereka perlu, kita juga yang mereka cari semula. Tukar la kerajaan pun, isu sama je akan timbul. Tiada perubahan.

11. Kita sebenarnya tak perlukan PN atau PH. Politik kita perlukan butang reset. Politik kita perlu direvamp dari sifar dengan Undi Terbalik. Masa pilihan raya, kita kena singkirkan semua ahli politik yang pernah jadi wakil rakyat dan gantikan je dengan orang baru, tak kira dari parti mana.

12. Mungkin ada dari kita yang anggap akan ada masalah jika ahli kerajaan yang banyak pengalaman tiada dalam kerajaan. Screw that. Itulah masalah kita, bila kita masih ada rasa perlu bergantung pada ahli politik, pada parti politik, masih ada rasa percaya pada ahli politik walaupun dah banyak kali kena game.

13. Kerajaan tetap boleh bergerak tanpa ahli politik yang berpengalaman pun. Kita masih ada Raja sebagai ketua kerajaan. Malah pegawai-pegawai kerajaan pun ramai orang lama dan berpengalaman yang dah berkhidmat berpuluh-puluh tahun.

14. Ada menteri pun bukan dia yang buat sendiri segala dasar, kajian dan jawapan pun. Bila ada isu apa-apa, menteri-menteri ni akan minta pegawai-pegawai dia buat kajian, analisa dan sediakan jawapan. Lepas tu tinggal dia baca dan bentangkan je kat dewan.

15. Di belakang menteri-menteri ni ada ramai pegawai, pakar, ilmuwan, cendekiawan dan orang-orang yang jauh lebih bijak dan berpengalaman yang mengatur, mengurus dan memberi nasihat pada menteri-menteri.

16. Jadi serius aku cakap, setakat macam tu, sesiapa pun boleh jadi menteri. Menteri ni cuma wakil untuk bercakap bagi pihak kerajaan je. Mereka tidak kekal dan boleh ditukar ganti. Malah kebiasaannya ahli politik yang jadi menteri, yang pegang jawatan tinggi dalam GLC, bukan sebab kelayakan akademik dan pengalaman mereka pun, tapi sebab pengaruh dan jawatan mereka dalam parti. Semuanya lebih kepada nak agih-agihkan jawatan kerajaan dan GLC sesama sendiri.

17. Sebab tu bertukarlah kerajaan sekali pun, atau kerajaan tiada jemaah kabinet ketika menjelang pilihanraya atau ketika Tun Mahathir letak jawatan awal tahun dulu, kerajaan dan negara masih boleh berjalan macam biasa. Sebab apa? Sebab yang tiada hanya wajah, tapi tulang belakang yang menggerakkan kerajaan dan negara masih ada.

18. Jadi aku harap kita semua sedar dan bangkit. Kita tak perlu rasa terikat pada mana-mana parti. Tak perlu ayat-ayat manis tentang perjuangan dan reformasi. Apa yang kita perlu adalah butang reset dan mulakan baru. 


 P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: ahli politik menteri tipu veveonah kuarantin bayar kompaun surat sokongan anak krisis air selangor mb lori tangki swimming pool mandi kolam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.