Selasa, 1 September 2020

0 Memahami konsep pengembaraan masa dalam filem Tenet

1. Sabtu lepas aku tengok filem Tenet. Aku bukan peminat Christopher Nolan dan tak semua filem dia aku tengok. Aku tengok filem Tenet ni pun sebab tertarik dengan trailer dia dan juga sebab minggu ni filem Tenet lebih dicanang-canangkan berbanding filem lain yang tengah main kat pawagam sekarang.

2. Aku tak mahu bandingkan filem Tenet dengan filem Nolan yang lain sebab bagi aku setiap filem adalah cerita yang tersendiri walaupun diarahkan oleh orang yang sama. Kalau nak buat perbandingan pun, aku lebih suka bandingkan filem dalam genre dan tema yang sama, dalam hal ini, pengembaraan masa atau time travel.

3. Btw ini bukan review filem, tapi lebih kepada penerangan secara ringkas pada konsep pengembaraan masa dalam filem Tenet agar lebih mudah difahami kepada yang sudah pun tengok filem ini mahu pun yang belum tengok, jadi mungkin ada sedikit spoiler. Kalau tak mahu spoiler jangan teruskan baca. Korang boleh baca semula lepas dah tengok filem ini.  

4. Filem Tenet memperkenalkan konsep pengembaraan masa yang agak unik tetapi lebih rumit dan memeningkan, berbeza dengan filem-filem pengembaraan masa lain yang lebih straight forward. Tahun lepas aku pernah terangkan tentang konsep-konsep pengembaraan masa yang biasa ada dalam pop-culture cerita fiksyen time travel di sini - Konsep pengembaraan masa dalam cerita fiksyen.

5. Kebiasaannya cerita tentang pengembaraan masa ini, kalau seseorang nak pergi zaman silam, contohnya kalau dia nak pergi ke 10 hari yang lalu, dia perlu guna suatu mesin, atau masuk ke dalam sebuah portal, lalu terus pergi ke 10 hari yang lalu.

6. Seperti contoh untuk pergi ke masa silam atau depan, dalam Back To The Future dia guna kereta, Doraemon guna mesin masa dalam laci, Bill & Ted guna lif, Terminator guna portal dan sebagainya.


7. Tapi dalam filem Tenet, sebagai contoh untuk pergi ke masa yang dah lepas, seseorang perlu masuk ke dalam mesin yang berupa sebuah chamber melalui pintu kanan, kemudian chamber tu akan berpusing, dan lepas tu dia akan keluar melalui pintu kiri, di mana masa akan bergerak secara mengundur.

8. Jadi kalau seseorang nak pergi ke 10 hari yang lalu, dia kena masuk dalam chamber masa tu, lalui dan alami semula dunia yang bergerak secara mengundur, sampailah hari ke 10 yang lampau, dia perlu masuk balik ke chamber itu dan masa akan kembali normal bergerak ke depan.

9. Sepanjang dia berada dalam dunia mengundur, dia nampak semua pergerakan di dunia ini bergerak secara songsang. Tapi di mata orang lain, mereka nampak dia yang bergerak secara songsang. Jadi kalau mereka berlawan, seorang itu pergerakannya normal, seorang lagi pergerakannya terbalik atau songsang.

10. Namun dengan konsep ini, seseorang hanya boleh kembali semula ke masa lampau tetapi tidak boleh pergi ke masa depan, kerana chamber masa itu hanya membolehkan masa diundur. Dan dia juga bila dah melalui unduran masa sehingga ke masa lampau yang diingini, dia tak boleh kembali terus ke masa asalnya melainkan melalui masa normal seperti  biasa sehinggalah tiba ke masa asalnya.

11. Malah orang yang masuk ke dunia mengundur ini, usianya bertambah seperti biasa. Seperti contoh kalau seseorang itu masuk dalam chamber masa pada ketika usianya 30 tahun, dan dia nak pergi balik pada 10 tahun yang lepas, dia kena melalui balik 10 tahun secara mengundur, dan apabila sudah tiba 10 tahun yang lalu itu, umur dia sudah meningkat jadi 40 tahun, dan dalam masa yang sama wujud diri dia yang berusia 20 tahun pada ketika itu.

12. Konsep ini juga menggunakan konsep "ubah sejarah tidak akan mengubah masa depan". Maksudnya kalau kau undur masa sehingga 10 hari yang lepas untuk menyelamatkan seseorang, sebenarnya orang itu pada 10 hari yang lepas sudah pun diselamatkan oleh kau yang datang dari 10 hari akan datang. Kalau pada 10 hari lepas, orang itu mati kena langgar, bila kau undur balik masa pergi 10 hari lepas untuk cuba selamatkannya pun, kau sebenarnya telah gagal pun selamatkannya, kerana apa yang berlaku sudah pun berlaku.

13. Secara peribadi filem ini aku bagi 5/5, bukan sahaja kerana aspek-aspek teknikal seperti aksi, lakon layar, sinematografi, kesan khas, runut bunyi dan sebagainya yang memang hebat, tapi kerana idea konsep pengembaraan masa yang baru dan berbeza dari konsep-konsep tipikal yang dah biasa wujud dalam cerita-cerita pengembaraan masa lain, membuatkan filem ini sangat mindblown dan berbaloi untuk ditonton.

14. Akhir kata, penjelasan tentang konsep ini hanya dari pemerhatian dan analisa aku sahaja. Kalau ada yang nak tanya, nak tambah atau ada pandangan lain terhadap konsep ini boleh ajukan di ruangan komen.


 
P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: orang it pekerja belakang tabir yang sering dilupakan tengku zafrul tahniah terima kasih pegawai teknologi maklumat mof



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.