Khamis, 21 Januari 2021

0 Nak jadi Youtuber perlu buat orang rasa terhibur

1. Bila ada orang tanya aku cara dan tips macam mana nak buat Youtube dan dapatkan banyak Subscriber, aku susah nak jawab sebab benda tu sangat subjektif. Ia langsung tak sama dengan bidang kerjaya konvensional.

2. Kalau kau nak kejar cita-cita kau unutk berjaya dalam bidang kerjaya konvensional, ada set-set laluan yang kau kena ikut. Nak jadi doktor, kena belajar rajin-rajin kat sekolah, dapatkan result bagus dalam SPM, sambung degree dalam bidang perubatan dan seterus-seterusnya. Nak jadi cikgu, kena masuk maktab perguruan dan sebagainya. Nak jadi juruterbang, kena masuk akademi penerbangan dan sebagainya.
 

3. Tapi Youtube ini lain. Sebenarnya takde cara yang khusus pun untuk berjaya dalam Youtube. Takde laluan yang perlu kau ikut, takde timeline, takde sijil yang perlu kau perolehii, kau boleh mula awal ketika masih budak atau pun selepas bersara. Macam yang aku pernah beritahu sebelum ni, rahsia kejayaan Youtube kebanyakannya lebih kepada nasib dan rezeki semata-mata.

4. Ya, kau mungkin boleh belajar cara buat video yang hebat, belajar teknik-teknik Youtube kat Youtube dan Google, atau masuk kelas Youtube belajar dengan sifu Youtube, upload video tiap-tiap hari, tapi ia tetap tak menjamin untuk seseorang berjaya dalam Youtube.

5. Kebanyakan Youtuber yang berjaya pada hari ini, ramai yang tak pernah belajar teknik Youtube pun, tak pernah masuk kelas Youtube pun, tak pernah terlintas nak jadi Youtuber pun. Tapi lepas dia upload beberapa video kat Youtube untuk suka-suka, tiba-tiba video dia meletup, baru lepas tu dia rajin upload video dan lebih serius untuk jadi Youtuber secara sambilan atau pun sepenuh masa.

6. Jadi apa sebenarnya rahsia untuk berjaya dalam Youtuber ni? Rahsianya adalah apabila ramai orang terhibur dengan content kau. Kau nak buat genre apa pun tak penting, nak buat content gaming ke, kartun ke, ilmiah ke, tutorial ke, mukbang ke, muzik ke, review filem ke, reaction video ke, ASMR ke, sketsa lakonan ke, meme ke, vlog travel, masakan ke, ke, apa-apa pun boleh, yang penting ramai orang rasa terhibur dengan isi content, cara penyampaian, atau perwatakan dan personaliti kau.

7. Sebab apa? Sebab fitrahnya manusia memang suka merasa terhibur. Kat sekolah dulu pun, kita mesti ada subjek yang kita suka dan subjek yang kita tak suka disebabkan oleh cikgu yang mengajar. Ada subjek yang cikgunya pandai buat kelakar, suka usik pelajar, jadi kita rasa terhibur lalu bersemangat nak belajar dalam kelas. Ada cikgu pula yang jenis straight, suka marah-marah, atau cakap pun macam bercerita, kita pun rasa takde semangat dan mengantuk waktu belajar.

8. Sama juga macam ceramah agama. Kenapa ada seorang ustaz ni bila dia buat ceramah je penuh surau dan masjid. Upload ceramah kat Youtube, berjuta-juta orang tengok? Sedangkan ada juga ustaz lain yang bagi ceramah juga tapi tak dapat sambutan sangat pun? Sebabnya ustaz tadi tu bila dia bagi ceramah, orang rasa tertarik dan terhibur dengan perwatakan dan cara penyampaiannya. 
 
9. Tapi rasa terhibur ni tak semestinya bergelak ketawa. Kau tengok filem sedih sampai menitiskan air mata pun, atau kau rasa sangat teruja apabila mendengar sesebuah lagu pun, atau kau rasa gembira selepas mempelajari sesuatu ilmu, itu juga suatu perasaan terhibur. Rasa terhibur ini adalah bila kau rasa puas pada sesuatu perkara.

10. Dan rasa terhibur ini juga adalah suatu yang subjektif. Apabila ada orang rasa terhibur pada suatu perkara, orang lain belum tentu rasa terhibur juga dengan perkara itu. Tapi kalau kau nak jadi Youtuber yang berjaya, kau kena buat ramai, ramai dan ramai gila orang rasa terhibur.

11. Bayangkan, ada Youtuber yang videonya ditonton jutaan orang sebab orang terhibur dengan nyanyiannya yang sangat merdu. Ada Youtuber yang juga menyanyi tapi suara dia langsung tak sedap dan lari key, tapi videonya juga ditonton jutaan orang, hanya kerana orang rasa terhibur dengan nyanyiannya yang lucu dan kelakar.

12. Maka kalau nak jadi Youtuber berjaya, selain dari belajar teknik buat video, teknik SEO, teknik lighting, teknik itu ini dan sebagainya, belajarlah juga cara untuk membuatkan orang rasa terhibur kerana nak buatkan orang rasa terhibur itu bukanlah suatu yang mudah. Cari kelebihan dan kekurangan dalam diri anda yang boleh anda gunakan untuk membuatkan orang terhibur.
 
 
P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: nak jadi youtuber perlu buat orang rasa terhibur hiburan fitrah tips cara panduan teknik youtube

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.