
1. Al-kisah seorang pemuda yang anti sains tengah lepak di kedai mamak sambil minum teh ais sedang berbual dengan rakannya, dengan penuh semangat dia menyatakan betapa dia anti sains. Biasanya golongan anti sains ni dia datang pakej, percaya bumi rata, anti vaksin dan ubat, anti beranak kat hospital, chemtrail kapal terbang tu sembur racun, percaya kerajaan ada agenda bersama iluminati dan sebagainya.2. Bila aku nampak atau jumpa orang yang tolak sains kononnya hanya nak ikut Al-Quran dan Hadis sahaja, atau lebih percaya kepada teori konspirasi, aku hanya tersenyum sahaja. Mungkin dia tak perasan, di sekelilingnya semua ada kaitan dengan sains. Malah teh ais yang dia sedang minum tu pun adalah sai...