Jumaat, 19 Februari 2021

0 Guru dikecam dan ditertawa kerana Bahasa Inggeris

1. Tular tentang cikgu Sains yang mengajar di Didik TV dikecam kerana ada istilah yang salah, sebutan tak ada slang mat saleh, pronounce dan grammar kurang betul.

2. Ada yang ketawakan cikgu tersebut di TikTok. Ada yang tularkan video cikgu tersebut di media sosial, maki dengan kata kesat, memperlekeh cara pengajaran cikgu tersebut dan tuduh cikgu yang masuk TV guna kabel tanpa menyertakan bukti kukuh. Belum campur lagi dengan komen-komen bodyshaming dan sebagainya, kononnya atas alasan mengkritik.


3. Ya, tak salah untuk mengkritik, tapi mengkritik ada adabnya. Maki, perlekeh, tuduh, bodyshaming dan sebagainya, itu bukanlah kritik. Itu adalah mengecam, membuli dan memalukan orang. Orang yang dikecam, dibuli dan dimalukan itu pula, adalah seorang guru, seseorang yang kita sendiri tidak kenal dan juga individu yang sebenarnya takde kaitan malah takde cari pasal dengan kita pun.

4. Tiada orang sempurna dalam dunia ini. Begitu juga cikgu tersebut, begitu juga dengan kita yang kuat mengecam ini. Namun, kesilapan yang guru tersebut lakukan tidak melayakkan beliau untuk dihukum dan dihina dengan begitu teruk di media sosial.

5. Kalau guru tersebut menyatakan suatu pandangan peribadinya di media sosial, itu kita boleh balas dan mengkritik pandangan peribadi tersebut di media sosial juga. Namun guru tersebut hanya menjalankan tugasnya di kaca TV. Kita mungkin nampak terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki, jadi kalau nak tegur, tegurlah melalui saluran yang betul.

6. Kita boleh buat aduan ke KPM dan saluran TV tersebut melalui telefon atau emel, atau PM sahaja akaun sosial media milik KPM atau pun saluran TV tersebut dan nyatakan cadangan penambahbaikan. Aku sendiri pernah buat aduan terus ke KPM dan mereka memang mengambil tindakan terhadap aduan aku. Tapi apa yang kita buat, kita pilih untuk malukan guru tersebut di media sosial.

7. Bagi yang tak faham kenapa cikgu tersebut cakap sepatah-sepatah dan gaya macam ajar budak-budak, ya dia memang ajar budak-budak Darjah 2 subjek Sains. Bagi yang tanya kenapa nak kena ajar dalam Bahasa Inggeris? Siaran tu untuk pelajar yang ambil program Dual Language Programme (DLP) untuk subjek Sains dan Matematik. Bagi pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia, siarannya mungkin waktu lain.

8. Tentang komen sebutan BI tak berapa betul, pertama sebab tu bukan cikgu yang ajar subjek BI. Kedua, accent orang Malaysia cakap BI memang tak akan sama dengan accent orang US atau UK. Jangan kata orang Malaysia, accent orang Jepun, Korea, Thailand, Filipina, Jerman, Rusia, Brazil, Spain, Portugal, Arab, India, China, Afrika dan sebagainya semua pun takkan sama dengan accent orang US dan UK.

9. Lagipun cikgu tu pun cuma nak ajar budak-budak Malaysia Darjah 2, bukan nak ajar budak Darjah 2 US dan UK pun. Budak Darjah 2 ni pula bukan tahu pasal sebutan, grammar dan sebagainya, jadi asal nak bagi mereka faham ilmu yang nak disampaikan sudah baik.

10. Tentang kesalahan istilah tu, sepatutnya tulis lah surat atau emel bagi kat KPM atau saluran TV tersebut agar mereka memperbaiki skrip dan mutu penyampaian. Cikgu tu sendiri pun cuma baca skrip, dan tak biasa lagi bercakap depan kamera secara siaran langsung. Nak kritik, kritik lah KPM dan siaran TV tersebut, bukan letakkan semua kesalahan kat guru tersebut dan malukan beliau di media sosial.

11. Serius, apa salah dan dosa guru tersebut pada kita sampai kita rasa kita layak untuk cyberbully dia? Malah dari sudut undang-undang beliau tak lakukan jenayah terhadap siapa-siapa pun. Kelemahannya hanya kecil, dan benda tu boleh diperbaiki dan dipertingkatkan pun. Maka layak ke dia kena kecam, maki, perlekeh, diketawa dan dimalukan sampai begitu rupa? Dan kenapa pula kita rasa diri kita layak untuk kecam, maki, perlekeh, ketawa dan malukan guru tersebut sampai begitu rupa?

12. Akhir kata, belajarlah ilmu setinggi mana pun, berbanggalah dengan sijil-sijil yang berbakul-bakul pun, namun jika tiada adab dan akhlak, kita sebenarnya sudah gagal menjadi seorang insan yang baik.

Sekian.

* * * * * * * * * *

Berikut pula adalah penulisan dari Cikgu Mohd Fadli Salleh:

Tular pasal cikgu Sains yang mengajar di Didik TV dikecam kerana ada istilah salah, sebutan tak ada slang mat saleh, pronounce kureng dan grammar tak betul.

1. Mengajar secara LIVE atau dikonti TV tidak mudah walau untuk mereka yang berpengalaman.

2. Bukan semua orang boleh beraksi dengan natural bila tahu ribuan mata bakal memandang. Maka panic, kesilapan mudah akan berlaku.

3. Guru ini bangsa Melayu. Lahir dan membesar di negara Malaysia. Nak harap dia cakap English slang macam mat saleh? Gila. Sama macam kau suruh mat saleh yang belajar Bahasa Melayu cakap macam kita cakap. Boleh?

4. Beliau guru Sains. Bukan guru English. Keberanian beliau nak tampil ke depan untuk mengajar tu pun dah satu rahmat dan patut dipuji, bukan dikeji.

5. Mata beliau memandang skrip masa mengajar. Kesilapan istilah dan grammar, besar kemungkinan salah dalam skrip yang ditulis. Patut ada pihak professional semak dahulu skrip, patut ada yang proofread sebelum luluskan skrip. Kesilapan dan kelemahan bab ni perlu diperbaiki.

6. Objektif pembelajaran adalah subjek Sains. Maka kesalahan sedikit sebanyak grammar sepatutnya tidak menjadi isu pun. Ilmu dapat disampaikan, murid faham, objektif tercapai. Lain la jika subjek English. Dan sekali lagi, jika ada pihak yang mahir dalam Bahasa Inggeris yang proofread skrip dan semak semua grammar dan istilah sebelum rakaman bermula, pasti lebih baik. Grammar yang betul dapat diguna dalam kelas adalah lebih baik walau bukan subjek English.

7. Mengecam, menyindir, memalukan sesuatu pihak seakan menjadi budaya dalam sesetengah masyarakat kita. Tajuk cerita diperbesarkan, martabat guru diperlekehkan. Ada pihak guna tajuk "Macam ini level cikgu negara kita?" hanya kerana kesalahan kecil. Ada salah, tegur melalui saluran yang betul tanpa perlu memalukan dan menjatuhkan martabat sesiapa.

8. Percayalah. Dalam menuntut ilmu ini perlu ada keberkatan. Dan keberkatan itu terletak pada redhanya seorang guru. Guru bukan maksum, ada salah. Kesalahan itu perlu ditegur dengan cara yang betul, bukan dijadi bahan gelak ketawa dan dipersenda.

9. Yang mana hebat sangat mengecam itu ini, cuba tawarkan diri mengajar secara LIVE atau di TV. Nak juga tengok hebat tara mana sampai kecam macam sempurna sangat ni.

10. Buat guru tersebut, anda hebat. Anda sangat berani. Pedulikan kata-kata negatif netizen. Ambil yang positif dan terus bersemangat untuk mendidik anak bangsa. Saya sangat kagum dan bangga dengan cikgu.

Sekian, terima kasih.
#MFS

 
P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: guru cikgu sains didik tv kena kecam kutuk maki kata kesat hina persenda keji ejek perlekeh ketawa bahasa inggeris english dlp salah penyampai radio dj tiktok facebook


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.