Sabtu, 24 April 2021

0 Jangan takut bini sebab beras kita beli

1. Frasa "beras kita beli" adalah satu jenis gurauan para lelaki yang menggambarkan suami tidak perlu takut dan tunduk pada bini kerana mereka yang beli beras.

2. Hakikatnya, frasa tersebut sebenarnya membawa makna yang lebih mendalam dari sekadar nak berlagak dan tunjukkan kekuasaan suami dalam rumahtangga, sebaliknya ia menggambarkan suatu tanggungjawab.


3. Beras itu merujuk kepada benda paling asas dalam keluarga. Memang sudah menjadi tanggungjawab suami untuk membeli beras atau nafkah untuk keluarganya.

4. Ibaratnya kalau beras pun kau tak mampu beli, maknanya kau belum mampu untuk berkahwin.

5. Malah kalau beras pun isteri kau yang kena keluar duit beli, mana maruah dan tanggungjawab kau sebagai seorang suami? Kesian lah kat bini kau terpaksa tanggung biawak hidup.  

6. Zaman sekarang ni orang perempuan bukannya tak mampu beli nak beli beras sendiri, malah diorang boleh beli lebih dari itu, tapi dah memang tanggungjawab suami yang kena sediakan nafkah wajib seperti makanan, maka suami kena lah sediakan dan tak perlu ungkit beras kita beli apa semua.

7. Jadi kalau orang perempuan nampak orang lelaki guna frasa "Beras kita beli", dah boleh lah balas "Yelah, itukan dah memang tanggungjawab suami, takkan isteri pula nak beli. Baik tak payah kahwin kalau beras pun nak harap isteri yang beli".

8. Aku faham ada suami yang susah dan terpaksa hidup bergantung kepada pendapatan isteri, tapi sampai bila nak hidup ditanggung isteri? Masa kecik dah ditanggung ibu bapa, dah besar isteri pulak tak pasal-pasal nak kena tanggung. Cubalah usaha untuk mencari pendapatan menyara keluarga, supaya sekurang-kurangnya, beras tu kau yang beli.

Begitulah.

 

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: jangan takut isteri bini sebab kerana beras kita beli maksud frasa gurau gurauan orang lelaki suami


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.