Jumaat, 16 Julai 2021

0 Kehidupan kita bukan penanda aras orang lain

1. Kadang-kadang bila kita baca berita atau isu semasa tentang kes buli, stress, depresi, kemiskinan, perkauman, masalah rumahtangga dan sebagainya, kita biasa jumpa komen macam;

"Betul ke ni? Aku tak pernah kena pun macam tu"
"Mana ada macam tu. Kawan-kawan aku semua ok je takde pun rasis"
"Aku kena relaks je, orang lain je manja, lembik sangat"
"Baru kena sikit dah down. Aku buat boleh je"
"Aku pun susah juga tapi tak angkat bendera putih pun"
"Masa aku dulu lagi teruk tapi aku OK je"


2. Bila orang dalam kesusahan atau ada masalah, mereka tak peduli dengan kau punya OK. Kau OK ke, kau relaks ke, kau boleh ke, segala bentuk kesenangan, ketabahan dan pencapaian kau, ia sebenarnya langsung tak membantu menyelesaikan kesusahan dan masalah orang lain.

3. Dia macam ni. Bila kau dah mula bandingkan diri kau dengan orang lain dan letakkan diri kau serta persekitaran kau sebagai penanda aras bagi kehidupan orang lain, itu bermakna kau ada sifat narsistik dan hati kau sebenarnya bermasalah.

4. Kenapa kau rasa diri kau sangat layak untuk dijadikan contoh dan penanda aras bagi kehidupan orang lain? Adakah kau sedar yang dunia ni bukan berputar sekeliling kau je?

5. Setiap manusia itu tak sama. Kita semua ada jalan hidup masing-masing. Kita semua ada garis masa yang berbeza. Kita semua ada masalah dan cabaran sendiri. Kita semua ada kisah hidup yang tersendiri.

6. Kehidupan kita dengan orang lain memang takkan pernah sama. Ibu bapa, keluarga, tempat tinggal, kawan, sekolah, pencapaian, tahap pendidikan, tempat kerja, jiran, minat, hobi, ideologi, pendapatan, kemahiran, emosi, sikap, personaliti, masalah, cabaran, pengalaman, semuanya berbeza.

7. Sebab itu kita tak akan pernah faham kehidupan orang lain seperti mana orang lain juga takkan pernah faham kehidupan kita sebab masing-masing melalui kehidupan yang tersendiri.

8. Jadi kalau ada sesuatu yang tak berlaku kat diri dan persekitaran kita, ia tak semestinya tak berlaku langsung pada orang lain di tempat yang lain, dan begitu juga sebaliknya. Dalam bumi yang luasnya 510.1 juta km² dengan jumlah populasi manusia 7.6 billion, kau ingat yang ada cuma kehidupan kau je ke?

9. Kalau kau rasa kau adalah watak utama dalam dunia ni, orang lain juga rasa mereka adalah watak utama dalam dunia juga. Senang cerita setiap orang adalah watak utama dalam kehidupan masing-masing.

10. Ya, memang tak salah untuk memberi nasihat dan teguran kepada orang lain sebagai panduan dan pengajaran, tapi jangan sesekali mencemuh dan merendah-rendahkan orang lain dan kemudian dengan bangganya mengangkat diri sendiri. Itu tahi namanya.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: kehidupan bukan penanda aras benchmark orang lain zaman aku dulu banding

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Ads RichPartners