Jumaat, 2 Julai 2021

0 Sakit hati tengok orang minta dan bagi bantuan

1. Bendera putih.

2. Dia macam ni. Bendera putih sekadar simbol yang senang difahami ramai tanda kita perlukan bantuan.

3. Kalau pencetusnya bagi idea guna bendera hitam atau letak signboard lalu dipersetujui masyarakat untuk dijadikan kempen, orang akan letak bendera hitam atau signboard.

4. Sebab apa idea guna bendera putih ini dicetuskan? Mungkin sebab mengambilkira kain putih paling senang nak cari dan ramai orang dah ada. 


5. Kalau kau tengah berperang angkat bendera putih, itu ya lah maksudnya kau dah putus asa dan mengaku kalah.

6. Masalahnya kita sekarang bukannya tengah berperang. Kita cuma perlukan bantuan untuk makan, bayar hutang, tampung keperluan anak kecil dan sebagainya.

7. Ya, memang bila kita dalam kesusahan kita kena berdoa. Tapi bukan sekadar berdoa. Kita kena berusaha, berdoa dan bertawakkal.

8. Memang meminta-minta bukan amalan yang baik, tapi kalau dah dalam keadaan terdesak dan darurat, apa lagi pilihan yang ada? Meminta bantuan itulah suatu bentuk usaha juga dalam keadaan macam ni.

9. Ini bukan lagi isu orang malas nak kerja ke atau "kalau takde duit daripada meminta-minta lebih baik pergi kerja". Masalahnya nak kerja pun tak boleh.

10. Syarikat tutup, kedai tak boleh buka, hotel tutup, nak berniaga tak boleh, nak pergi rumah orang ambik upah potong rumput pun tak dibenarkan, nak buat kerja macam mana?   

11. Ok, nak suruh orang cari kerja lain. Ingat senang ke nak cari kerja sekarang? Orang lagi nak buang pekerja ada lah.
 
12. Ok, suruh orang jadi rider hantar makanan. Berapa ramai yang boleh jadi rider? Ingat semua orang boleh jadi rider ke?

13. Isu dia sekarang, kita sekarang dalam keadaan terdesak dan darurat. Nak kerja dan berniaga pun dah tak banyak pilihan. Jadi nak mohon bantuan dengan cara macam mana, terpulang. Malah lebih baik orang minta bantuan dari buat jenayah atau bunuh diri.

14. Dan sesiapa nak bagi bantuan kepada sesiapa juga, terpulang. Hak nak bagi bantuan kepada sesiapa juga bukan eksklusif pada sesiapa.

15. Kau nobody ke, somebody ke, jiran ke, kaya ke, miskin ke, NGO ke, parti politik ke, kerajaan ke, eh suka hati la nak bagi bantuan.

16. Yang kau sakit hati sangat tengok ada orang minta bantuan kat orang lain bukan pada kau dah kenapa? Yang kau sakit hati sangat tengok orang lain yang bagi bantuan dah kenapa?

17. Tapi kau boleh pula minta bantuan sana sini dari orang ramai. Edar tabung air coklat, bagi nombor akaun suruh derma bagi sumbangan bagai. Kenapa tak berdoa je mintak duit turun dari langit? Time kau boleh pulak minta bantuan, time orang lain suruh berdoa je.

18. Kau nak sakit hati ke itu masalah kau, bukan masalah orang lain. Sakit hati kau tak boleh isi perut orang lain yang tengah lapar. Kau punya pandangan kat media sosial tak boleh buat beli pampers. Kau punya fahaman politik tak selesaikan bayaran sewa rumah orang.

19. Dia sebab kau tu dah biasa hidup senang dan tak rasa kesusahan orang lain, sebab tu rasa panas je bila nampak orang lain hidup susah dan nampak orang lain bagi bantuan. Ada je benda tak kena di mata kau. Sifat empati dan simpati tu dah hilang dari diri kau.
 
20. Yelah, time PKP macam ni pun kau duduk kerja di rumah gaji jalan macam biasa, pencen jalan macam biasa, duit pun berkepuk-kepuk dalam bank manalah lah nak rasa ye. Kalau yang kayangan tu lagi lah, boleh pergi mana-mana langgar SOP sana sini siap mentekedarah durian lagi.

21. Kau tak duduk kat tempat orang lain sebab tu tak faham kesusahan mereka. Yang kau tau cuma sembang dan kecam orang kat FB dan Twitter. Lepas tu forward artikel entah apa-apa kat Whatsapp jangan bagi imej negara malu lah apa lah. Nak jaga imej tak kenyangkan perut yang lapar.

22. Kesimpulannya, kalau kau ada terdetik rasa tak puas hati kenapa kena letak bendera putih, kenapa kena minta bantuan, kenapa tak minta bantuan kat parti politik, kenapa itu lah, kenapa ini lah... dia simple je. Kau bodo.

Sekain.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: sakit hati tak puas tengok orang minta bagi bantuan sumbangan derma bendera putih

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Ads RichPartners