Khamis, 24 Februari 2022

0 Ringkasan konflik Rusia-Ukraine hingga tercetus perang

Apakah sebenarnya krisis dan konflik yang menyebabkan pergolakan antara negara Rusia dan juga Ukraine sehingga kemuncaknya menyebabkan tercetusnya peperangan pada tahun 2022 ini? 

Berikut adalah penerangan secara ringkas serta gambarannya:

1. Negara Ukraine berada di Eropah Timur dan berkongsi sempadan dengan Rusia. Ia pernah menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet (USSR) tetapi menjadi sebuah negara merdeka pada tahun 1991.

2. Ia juga bersempadan dengan beberapa negara lain yang menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), pakatan tentera pertahanan yang dibentuk selepas Perang Dunia Kedua.

3. Presiden Putin melihat Ukraine sebagai sebahagian dari sejarah Rusia. Pada 2014, Rusia menyerang Crimea di selatan Ukraine dan terus mendudukinya.

4. Sejak 2014, kumpulan pemisah yang disokong Rusia dan angkatan tentera Ukraine telah berperang di kawasan timur Donetsk dan Luhansk di mana lebih 14,000 orang telah terkorban.

5. Presiden Putin kini telah mengiktiraf kedua-dua wilayah yang dipegang oleh kumpulan pemisah yang disokong Rusia ini sebagai negara yang merdeka dan mengerahkan tentera Rusia di situ, mengakibatkan pelanggaran perjanjian damai.

Sumber: BBC

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: ringkasan intipati rumusan konflik krisis rusia russia ukraine negara tercetus peperangan perang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.