Isnin, 25 April 2022

0 Asal hari gaji sistem perbankan online bermasalah

1. Hari ini banyak sistem perbankan online yang susah nak diakses. Ada yang sangat slow, ada yang langsung tak boleh buka. Kalau perasan ia sering berlaku pada 25hb setiap bulan.

2. Untuk makluman, kebiasaannya 25hb adalah hari di mana 1.6 juta penjawat awam mendapat gaji. Begitu juga dengan syarikat swasta banyak yang membayar gaji pekerjanya pada 25hb.

3. Jadi kenapa sistem perbankan online ini selalu susah nak diakses setiap kali orang dapat gaji? Aku akan terangkan menggunakan perumpamaan supaya lebih senang faham.

4. Bila kita nak guna sistem perbankan online tak kira guna web atau app, kita akan akses server bank tersebut. Server tu secara analoginya kita anggap je macam pondok tol kat lebuh raya, laluan lebuh raya adalah network bandwidth, manakala pelanggan bank pula adalah kenderaan.

5. Katakan masa mereka nak buat lebuh raya, mereka buat kajian dan mendapati lebuh raya ini akan mempunyai kadar trafik yang sekian sekian dan mendapati cukup sekadar buat 2 laluan dan 5 pondok tol tunai.

6. Lepas lebuh raya dah siap, 2 laluan lebuh raya dan 5 pondok tol tunai tersebut memang boleh menampung kadar trafik normal di lebuh raya tersebut pada waktu biasa.

7. Namun tak lama kemudian, jumlah kenderaan semakin bertambah terutama di waktu puncak. Dengan hanya 2 laluan jalan serta 5 pondok tol tunai, barisan semakin panjang dan plaza tol semakin sesak.

8. Maka mereka pun fikir, apa cara nak atasi masalah trafik sesak tu. Maka mereka pun buat satu lagi laluan menjadikan ia lebuhraya 3 lorong, serta ditambah lagi 3 pondok tol tunai menjadikan 8 pondok kesemuanya.

9. Kesesakan dapat dikurangkan dalam tempoh masa tertentu, tapi selepas beberapa tahun, ia jadi sesak semula disebabkan kenderaan semakin bertambah. Nak tambah lorong dan pondok tol lagi tak boleh sebab dah tak cukup tanah.

10. Jadi mereka mula fikir alternatif lain seperti perkenalkan cara pembayaran tanpa tunai yang lebih cepat seperti guna kad, smartag, rfid dan sebagainya. Jadi semua 8 pondok tol tunai ini ditukar jadi pondok tol tanpa tunai.  

11. Pada mulanya kesesakan dapat dikurangkan, tapi lama kelamaan sesak kembali, kali ini dengan pelbagai masalah baru pula seperti kad/smartag/rfid tak boleh dibaca, kekurangan baki dalam kad, mesin card reader rosak dan sebagainya.

12. Perlu diingat, setiap kali nak buat peningkatan di plaza tol dan lebuh raya, ia melibatkan pelaburan kos. Ada masanya disebabkan pelbagai kekangan, ia tidak dapat dinaik taraf serta merta, maka terpaksalah orang menghadap je kesesakan tersebut sampailah solusi baru dijumpai.

13. Dan bagi lebuh raya dan plaza tol yang biasanya sangat lancar dan tiada masalah, biasanya bila menjelang je hari perayaan, tiba-tiba jadi sesak disebabkan jumlah kenderaan yang sangat banyak luar dari kebiasaan.

14. Sebaiknya lebuh raya dan plaza tol tersebut perlu dinaik taraf, tapi pihak pengurusan pun fikir, lebuh raya ni sesak bukan hari-hari. Dalam setahun mungkin ada lah 4 atau 5 hari yang akan sesak.

15. Jadi mereka merasakan tak berbaloi keluar duit banyak untuk naik taraf hanya untuk menampung masalah yang berlaku beberapa hari saja dalam setahun tu.

16. Ya, begitulah juga dengan sistem perbankan online ini bahkan apa jua sistem online bukan setakat perbankan. Setiap sistem ada kapasiti pengguna yang boleh ditampung dalam satu-satu masa bergantung pada pelbagai faktor seperti jumlah server, kapasiti CPU, RAM, storage, kelajuan network, network bandwidth, fine-tuning configuration dan lain-lain.

17. Katakan suatu sistem yang dibangunkan boleh menampung 1 juta pengguna dalam satu masa, jadi pada hari biasa mungkin tak sampai pun 1 juta pengguna tu. Tapi bila hari gaji, tiba-tiba lebih dari 1 juta orang cuba akses sistem dalam masa yang sama nak buat pelbagai transaksi seperti keluarkan duit, transfer duit, bayar itu ini. Itu yang sistem, server dan network semua sesak sampai koyak slow nak mampus.

18. Sepatutnya penyedia perkhidmatan perlu bersedia dan menjangkakan untuk menghadapi kemungkinan seperti ini terutama di hari gaji, tapi ya lah. Nak naik taraf bukannya murah dan mudah, lebih-lebih lagi benda IT ni, semuanya mahal main ratus ribu dan juta-juta.

19. Jadi, mungkin... mungkin, mereka fikir tak berbaloi untuk upgrade lagi. Sebab dari sebulan, hanya ada 1 hari je yang luar biasa sesaknya, hari lain OK je. Tunggulah kalau ada bajet lebih baru upgrade.

20. So, kita sebagai pengguna kena terus komplen pada penyedia-penyedia perkhidmatan ini supaya naik taraf perkhidmatan mereka. Tapi dalam masa yang sama, kita cuba setelkan urusan perbankan kita 1 atau 2 hari lepas hari gaji, insya Allah lebih lancar.  

Sekian. 


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: sistem perbankan online app maybank maybank2u m2e m2u down slow perlahan gagal diakses bank cimb islam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.