Isnin, 7 Ogos 2023

0 Ahli politik ibarat artis

1. Ahli politik ini ibarat artis. Mereka sangat bergantung pada populariti, bukan pada kualiti.

2. Syarat menjadi ahli politik bukanlah kualiti dan kebijaksanaan, sebaliknya populariti calon dan parti yang diwakilinya di suatu kawasan yang menjadi ukuran utama.

3. Ahli politik yang berkepakaran tinggi dan ada berbakul-bakul ijazah pun, kau bawalah manifesto sehebat mana, pasti tidak akan diundi jika tidak popular di kawasan yang dia bertanding.

4. Ahli politik yang tidak berpendidikan tinggi atau berakhlak buruk pun, pasti akan diundi jika dia atau parti yang diwakilinya popular.

5. Sebab itu berduyun-duyun ahli politik menjadi aktif di platform media sosial, terutama di platform yang ramai anak muda seperti TikTok, demi untuk mengumpul populariti dan pengaruh.

6. Jika artis yang popular, kita undi mereka dan mereka dapat trofi anugerah. Ahli politik yang popular, kita undi mereka lalu mereka mendapat jawatan dan kuasa untuk memimpin kita.

7. Bila dah mendapat kuasa, walau apa jua keburukan yang mereka lakukan, walau apa jua kebodohan yang keluar dari mulut mereka, mereka pasti akan diangkat lagi atas faktor populariti itu.

8. Sebab itu pemimpin yang bodoh lahir dari pengundi yang bodoh. Ya, kitalah yang bodoh tu, sebab kita yang pilih kan. Kalau kita tak pilih, dia tak jadi pemimpin. Cuma itulah, kita pun takde pilihan sangat sebab biasanya kena pilih antara si bodoh dan si tolol.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: ahli politik pemimpin ibarat artis undi mengundi pilihanraya pilihan raya pru prn popular populariti selebriti


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.