Jumaat, 18 Ogos 2023

0 Keputusan PRN 6 Negeri bayarang PRU akan datang

PRU15 dulu aku dah pernah tulis analisa (klik sini), dan nampaknya ia diterjemah di PRN 6 negeri ini. Penulisan ini bukan atas dasar kecenderungan pada mana-mana parti, hanya sekadar pemerhatian sahaja.

1. Selling point utama PN adalah agama Islam dan kaum Melayu. Majoriti orang Melayu Islam akan undi PN terutamanya PAS. Penyokong UMNO juga banyak beralih undi ke PAS. BERSATU cuma sekadar menumpang populariti PAS.

2. Kalau sebelum PRU15, selling point BN adalah kaum Melayu, perpaduan dan kestabilan, manakala PH pula adalah keadilan dan integriti, demi melawan BN. Tapi sebab mereka dah berkahwin, jadinya selling point PH dah tak valid.

3. Maka untuk PRN ini, selling point PHBN hanya perpaduan dan kestabilan. Mereka juga dah tak jadi parti yang mewakili orang Melayu. Golongan minoriti orang bukan Melayu masih ramai yang undi mereka terutamanya PH kerana itu je pilihan yang mereka ada.

4. Satu lagi kelompok tidak berparti, selling point mereka untuk menolak PAS adalah tiada kemajuan dan pembangunan. Menggunakan isu air keroh, terminal bas, jalanraya dan sebagainya untuk mempengaruhi orang tidak mengundi PAS terutama di Kelantan.

5. Dulu kalau undi melayu pecah 3, mungkin susah nak predict. Tapi kalau undi Melayu hanya 1 lawan 1, antara agama Islam/kaum melayu, perpaduan dan kemajuan, majoriti orang Melayu pasti cenderung memilih pihak yang selling pointnya agama Islam/kaum Melayu. Simple as that.

6. Jangan cerita tentang pemimpin bermasalah, tidak cekap, salah guna kuasa dan sebagainya. Pengundi biasanya tak peduli semua tu. Mereka akan undi ikut parti. Sebab tu ada perumpamaan letak la lembu sekalipun jadi calon, lembu tu akan menang.

7. PM Anwar sebenarnya dah nampak sentimen agama Islam dan kaum Melayu ni di kalangan pengundi Melayu. Sebab tu dia banyak menyuntik elemen Islam dalam pemerintahannya seperti Madani dan Rahmah.

8. Dia juga dah nampak lebih mempertahankan status quo orang Melayu untuk memancing pengundi Melayu walaupun dahulu dia lebih tampak cenderung memancing undi orang bukan Melayu. Tapi ia dah terlambat. Orang Melayu Islam dah ada parti lain untuk berpaut.

9. Peratus orang Melayu lebih kurang 58% dari populasi Malaysia. Jika trend ini berterusan, tak mustahil pada PRU akan datang, PAS boleh jadi Kerajaan Persekutuan kalau itu yang majoriti rakyat pilih.

10. Walau kerajaan mana sekali pun yang memerintah, life goes on. At the end, kita sendiri kena jaga dan bela diri serta keluarga kita. Jangan harapkan kerajaan untuk mengubah nasib kita. Itu je yang aku boleh cakap.

Sekain.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: keputusan prn pilihan raya negeri prn 6 negeri bayangan pru pru16 akan datang umum


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.