Isnin, 4 Mac 2024

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Sesat

Kehidupan di dunia ini hanyalah ibarat sebuah mimpi yang panjang. 

 

Buasir Otak: The Muzik - Sesat

Lirik:

Tersesat di dunia tanpa arah
Dalam kegelapan tanpa cahaya
Bagaikan burung hilang sarangnya
Mimpi yang pudar tanpa harapan

Bayangan silam tidak bererti
Pandangan kabur tidak bertumpu
Bagaikan musafir lupa asalnya
Debaran jantung tiada berhenti

Tersesat di alam fana
Terumbang-ambing tidak menentu
Meniti titian yang bergelora
Hingga menemui jalan pulangnya

Langkah terhenti tak berdaya
Jalan berliku tak bernoktah
Bagaikan nakhoda mencari bintang
Lautan luas tak berhujung

Tersesat di alam fana
Persinggahan hanya sementara
Penuh kepalsuan dan kehampaan
Hanya bagai mimpi yang panjang

Tersesat di alam fana
Terumbang-ambing tidak menentu
Meniti titian yang bergelora
Hingga menemui jalan pulangnya

Tersesat di alam fana
Tersesat di alam fana
Tersesat di alam fana
Tersesat di alam fana

Lirik: Prince of Noob
Komposer: AI Generated



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri soundtrack intro ost sesat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.