Jumaat, 8 Mac 2024

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Tahan

Bertahanlah dengan apa jua ujian dan dugaan yang datang.


Buasir Otak: The Muzik - Tahan

Lirik:

Bila ujian datang meluru
Tika dugaan hadir bertalu
Tiada orang pun yang tahu

Mata yang kuyu wajah yang lesu
Makan tak mahu minum tak lalu
Tanpa cahaya jiwakan buntu
Gundah gulana tiada mampu

Tika usaha gagal sentiasa
Perit di hati tidak terkira
Jasad kosong tanpa jiwa
Rasa lelah berputus asa

Bertahanlah kawan
Terus bertahan
Usah mengalah walau ditekan
Masih ada ruang untuk ditawan
Semua di dunia adalah aturan

Masa depan tidaklah tahu
Menang kalah belumlah tentu
Yang berlaku akan berlalu
Terus memohon pada yang satu

Saat tubuh terasa penat
Minda celaru teramat berat
Ambillah masa untuk berehat
Mengubat sakit luka terawat

Jalan yang sunyi perlu dituju
Menelusuri lorong penuh berliku
Walau penuh duri dan batu
Ukirlah senyuman walaupun palsu

Usah biarkan badai menghembus mimpi
Tetap tegar jangan pernah berhenti
Halangan datang jangan dipeduli
Gagahkan hati teruslah berdiri

Tika usaha gagal sentiasa
Perit di hati tidak terkira
Jasad kosong tanpa jiwa
Rasa lelah berputus asa

Masa depan tidaklah tahu
Menang kalah belumlah tentu
Yang berlaku akan berlalu
Terus memohon pada yang satu

Bertahanlah kawan
Terus bertahan
Usah mengalah walau ditekan
Masih ada ruang untuk ditawan
Semua di dunia adalah aturan

Bertahanlah kawan
Terus bertahan
Usah mengalah walau ditekan
Masih ada ruang untuk ditawan
Semua di dunia adalah aturan

Lirik: Prince of Noob
Komposer: AI Generated



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri soundtrack intro ost tahan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.