Khamis, 21 Mei 2026

0 Bila normies tryhard sangat nak jadi terpaling

1. Ramai orang dewasa normies memang langsung no idea tentang meme, internet culture, pop culture, reddit, game, manga, anime, cosplay dan sebagainya. Normies ni hidup dalam bubble normal mereka sendiri.

2. Orang dewasa bukan normies yang dah tahu dan up to date dengan benda-benda tu, biasanya diorang ni diam je tak kecoh-kecoh kat umum. Mereka berkomuniti di kalangan mereka sendiri sahaja.

3. Sebab benda macam ni tak perlu tryhard nak explain sangat. Takde keperluan pun nak sebarkan kepada normies yang lain. Yang tahu je tahu. Kalau tak tahu, sila cari sendiri di internet.

Gambar hiasan

4. Dan biasanya kita tengok juga pada audien kita. Kalau audien kita orang yang juga faham atau budak-budak, takde masalah kalau nak bersembang dan berlawak begitu.

5. Tapi kalau audien kita ini orang dewasa, perlulah dihandle seperti orang dewasa dengan penuh wibawa, bukan layan macam budak-budak dengan cara yang menjengkelkan. Aku yang tengok ni pun boleh rasa secondhand embarrassment.

6. Lagipun, meme 67, brainrot tu sangat 2025. Budak-budak pun dah tak buat meme tu. Kat Roblox pun game meme ni budak-budak dah tak main. Dah basi dan diorang dah move on.

7. Orang yang beria nak mengulas dan beritahu pasal benda-benda ni biasanya seorang normies yang baru je discover benda-benda tu tapi nak tunjuk yang dia terpaling tahu.

8. Dulu pernah ada ex-officemate, ya tahu minat One Piece. Aku pun minat, tapi takde la tiba-tiba je menempik "sanzen sekai!" kat tengah-tengah ofis macam dia. Cringe namati.

9. Dia macam lawak la. Lawak kalau sampai kena explain, dia dah jadi tak lawak.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: menteri ahli politik buat meme 67 scuba kicau mania brainrot tak matang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.