1. Ada orang tak suka orang whatsapp kacau pasal kerja luar waktu pejabat dan masa cuti. Ganggu masa peribadi, masa dengan keluarga, takde work-life balance dan sebagainya.
2. Tapi bagi orang yang kerja buat operation dan support, macam aku kerja IT bahagian operation, kena kacau luar waktu pejabat tu perkara biasa.
3. Selalunya bos atau staff lain bukan whatsapp saja-saja, tapi sebab ada isu atau berlaku masalah yang ada urgency, jadi memang tugas aku untuk troubleshoot dan cari solution untuk selesaikan masalah tu.
4. Sebab bagi aku, kerja aku adalah tanggungjawab aku. Apa-apa pun aku kena pastikan ia berfungsi tanpa gangguan tak kira masa. Contoh macam malam-malam dapat report server down.
5. Kalau aku ignore saja dan tunggu esok kat office baru jawab dan nak check, isu tu tetap aku kena selesaikan sebab itu memang tanggungjawab aku. Lagi lambat aku check mungkin boleh jadi lagi teruk. Lagipun kalau aku ignore bukannya ada orang lain akan selesaikan pun.
6. Tapi kalau ada orang whatsapp tanya pasal hal kerja benda yang tak urgent yang sepatutnya boleh buat atau discuss di waktu pejabat, itu pun aku akan layan.
7. Cumanya aku akan jawab panjang lebar. Dia tanya 1 ayat, aku jawab 5 ayat. Dia taip 2 ayat, aku bagi 10 ayat. Aku akan explain meleret-leret sampai dia sendiri yang end the conversation, "oklah esok jelah discuss kat ofis".
8. Kau nak sangat kan cakap pasal kerja luar waktu kerja? Last-last kau sendiri yang pening dan tak tahan sampai serik. Ambik kau.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):

tags: bos rakan officemate sekerja whatsapp hantar chat mesej pasal kerja luar waktu pejabat ofis malam weekend cuti

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.