Baru2 ini ada beberapa kes yang melibatkan pelawat di premis kerajaan disuruh memakai kain sarung atau dihalang dari masuk ke pejabat kerajaan hanya kerana mereka tidak mematuhi kod atau etika pemakaian yang telah ditetapkan di premis tersebut, dan perkara ini terus menjadi isu nasional sehingga memaksa jabatan2 kerajaan terlibat memohon maaf terhadap mereka. Persoalannya di sini, takkan kod pemakaian pun susah sangat nak hadam? Dan apa kejadahnya kerajaan pula yang dihentam dan perlu minta maaf sedangkan pelawat yang tidak patuh kepada peraturan?


