Kenapa budak2 sekolah harus dipantau mak bapak ketika mereka guna komputer, notebook, smartphone atau apa2 saja gadget untuk main Internet? Sebab dikhuatiri mereka akan buat benda2 merepek dengan fikiran mereka yang sangat tidak matang tu yang akhirnya memberi malu kepada diri sendiri dan ahli keluarga.
Kisah ini bermula dengan seorang budak dari Singapura yang masih bersekolah iaitu Nur Feetri telah membuat video yang sangat super annoying pasal dapat
5 hari MC akibat sakit mata kemudian upload kat Youtube. Disebabkan video tu dia jadi famous amos dan banyakla orang buat parodi termasukla artis. Dalam banyak2 parodi tu, lahir sebuah parodi yang juga super duper annoying lebih annoying dari video yang asal yang dibuat oleh seorang budak sekolah yang dikatakan baru tingkatan 1 bernama
Tsara Nabilla.
Lepas video parodi tu, dia mula start buat video blog atau vlog (mungkin terpengaruh nak buat vlog disebabkan lambakan vlogger2 tempatan seperti
Maria Elena) cakap benda2 merepek dan mengarut yang sangat menunjukkan ketidakmatangan dirinya. Ya aku faham, dia tu budak, baru form 1, aku pun pernah melalui zaman ketidakmatangan itu malah sampai sekarang pun masih lagi kurang matang, tapi rasanya tak perlulah menunjukkan ketidakmatangan tu kepada 1Malaysia dengan menguploadnya ke Youtube, dunia pun tak habis kenal lagi. Kat sini lah peranan mak bapak penting untuk pantau aktiviti anak2nya.
Eh no no before dia nak jadi vlogger, dia nak jadi
penyanyi Youtube.
Satu yang perlu dia dan orang lain faham adalah dunia Internet tu sangat kejam tanpa mengenal usia. Jangan disebabkan kau tu budak2, atau kaum wanita, atau kaum lelaki sekalipun, ko rasa takkan ada orang yang akan serang dan semua orang akan suka dan be nice pada kau. Tidak, tidak sama sekali. Kita perlu terima realiti walaupun kita tak suka dan tahu tak baik orang lain buat macam tu. Macam aku pernah tulis dulu,
pembuli siber ada di mana2, kalau kita dah masuk dalam dunia Internet, susah kita nak elak dari kena cyber bully, lebih2 lagi kalau kita dah buat video blog atau tulis blog. So kalau kita dok cakap macam2 merepek bukan2 kutuk sana sini, get ready la untuk kena balik kat kita, lepas tu jangan pulak nak bengang atau sedih.
"Kenapa korang nak hina saya? Apa salah saya? Saya tak buat salah pun kat
korang semua. Saya sedih. Kenapa korang nak hina? Saya buat salah apa
kat awak semua? Kenapa awak nak hina video saya? Saya buat ni pun untuk
kebaikan saya. Saya nak seronok je, sebab saya takde kawan. Kenapa tak
boleh ke?"
"Saya akan buktikan pada satu hari orang yang awak hina ni akan jadi famous, tengoklah. Awak tengok pada satu hari nanti awak semua jangan melutut dekat saya."
Serious, aku sebenarnya kesian kat budak ni. Harap dia tutup
akaun Youtube dia dan cuba menjalani kehidupan normal seperti rakan2 sekolahnya yang lain serta fokus kepada pelajaran. Ni tak pasal2 terpaksa rasa susah hati fikirkan benda2 dan masalah yang sebenarnya dia tak perlu fikir pun pada usia dia sekarang ni. Tak payah pikir pasal couple, cinta, kenapa orang tak ajak mak bapak diorang keluar jalan2 dan sedih orang kutuk kita kat Internet. Melainkan ko tu memang ada bakat seperti suara best, pandai main gitar, piano, etc, kalau ko rasa nak jadi Najwa Latif terpulang, mungkin tak ramai yang akan mengutuk. Kalau rasa nak jadi vlogger, tunggu dah besar sikit lepas habis sekolah, lepas fikiran pun dah matang, dah kenal dunia sikit, masa tu nak jadi vlogger tu lantak, mungkin chance nak dapat fan macam
Anwar Hadi atau
Mat Lutfhi tu ada, tapi kemungkinan wujudnya haters tu ada juga, so terpulang.
And remember, people won't hate you for no reason
tags: tsara nabilla mohammad rasul youtube video vlog vlogger sedih kenapa korang hina saya cabar awak komen kawan facebook cinta monyet couple diri kita dunia masa kini tak ajak mak bapak keluar jalan keep smile 5 days of mc nur feetri parody parodi bengang marah menangis kecewa nyanyi lagu cover yuna terukir di bintang avril lavigne wish you here najwa latif kosong carta hati britney spears lady gaga cover karut tak matang matured