Hari ini ramai yang menjustifikasikan kebenaran berdasarkan status jawatan, pangkat dan gelaran yang mereka miliki. Golongan2 seperti ini ada yang sering menyalahgunakan status mereka untuk membenarkan percakapan dan perbuatan mereka walaupun terhadap perkara yang salah. Dan penyokong mereka pula seolah2 telah dibutakan dengan status yang dia miliki sehingga apa yang mereka mampu buat hanya mengangguk dan menjilat sahaja, dan hanya mampu memejamkan mata terhadap suatu yang salah.
