Dalam zaman era teknologi serba moden ini, boleh kata ramai yang mempunyai akses ke capaian Internet, dan ramai orang mempunyai akaun media sosial sama ada Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya, malah ada orang yang mempunyai banyak akaun media sosial yang digunakan untuk pelbagai tujuan, dari tujuan peribadi, untuk perniagaan, untuk memberi pandangan tentang isu-isu semasa, malah ada yang mencipta akaun palsu semata-mata untuk troll atau menghentam orang lain.
Namun tak kira siapa dan apa jua tujuan pun mereka menggunakan media sosial, perkara yang biasa kita lihat orang menulis di media sosial adalah luahan, sama ada luahan hati, luahan perasaan atau luahan masalah. Ramai orang memilih media sosial tak kira di akaun sendiri, menulis komen di akaun orang lain, atau confession page yang bersepah-sepah di FB sebagai medium untuk meluah dan mengadu domba apa yang terbuku di dalam hati mereka.
Ada luahan yang kita rasa sesuai dikongsi, ada juga luahan yang kita rasa tidak wajar dikongsi, seperti hal yang menyentuh sensitiviti yang boleh menggugat keharmonian masyarakat, perkara yang bertentangan dengan norma agama dan masyarakat, masalah yang melibatkan rumahtangga, keluarga, tempat kerja dan sebagainya.
Maka kenapa orang meluah masalah mereka di media sosial?
Kenapa orang meluah masalah rumahtangga mereka di Facebook?
Kenapa orang meluah masalah keluarga mereka di Instagram?
Kenapa orang meluah masalah tempat kerjanya di Twitter?
Kenapa?
Pertama adalah kerana mereka mahukan penyelesaian. Mungkin mereka ada mengadu masalah mereka pada orang terdekat namun tidak menemui jalan penyelesaian, lantas mengambil keputusan untuk meluahkan masalah di media sosial dengan harapan ada orang dalam media sosial di kalangan kawan atau orang asing dapat memberi cadangan penyelesaian yang lebih baik dan membantu terhadap masalah mereka. Malah jika masalah yang diluahkan menjadi tular, harapan untuk masalahnya diselesaikan lebih besar.
Seperti ada seseorang yang perlukan wang yang banyak untuk membiayai pembedehan ibu bapa, isteri atau anaknya yang sakit, bila dia ceritakan masalahnya pada rakan pejabatnya sahaja mungkin ada yang boleh membantu namun masih tidak mencukupi. Tapi bila dia ceritakan masalahnya dia Facebook, jika bernasib baik ia menjadi tular menyebabkan lebih ramai netizen yang sudi menghulurkan sumbangan.
Kedua adalah kerana mereka perlukan sokongan. Ada orang menghadapi masalah dan tidak mempunyai orang terdekat di sekelilingnya di dunia nyata yang mampu memberikan sokongan kepadanya, maka dia pun cuba meraih sokongan dari kenalan, kawan-kawan atau orang asing di media sosial.
Seorang anak yang merasa diabaikan ibu bapa hanya kerana dia tidak pandai seperti adik beradiknya yang lain, meluahkan perasaannya di Facebook betapa dia diabaikan. Dia tidak boleh meluahkan masalahnya kepada ahli keluarganya, maka memilih media sosial sebagai tempat untuk meluahkan masalahnya agar ada orang di media sosial yang memberikan sokongan terhadapnya.
Seorang isteri yang bergaduh dengan suami tidak mempunyai siapa-siapa yang dia rasakan boleh memberikan sokongan moral kepadanya, mungkin kerana dia tahu ahli keluarga dan rakan-rakannya akan lebih menyokong suaminya, lalu mengambil keputusan membuka masalah rumahtangganya di Instagram agar ada orang yang menyokongnya setelah tidak mendapat sokongan dari orang yang terdekat dengannya,.
Ketiga, adalah kerana mereka mahu pembelaan. Jika berlaku perbalahan atau konflik di antara dua pihak atau lebih, biasanya orang yang pertama membuka pekung di media sosial adalah kerana dia mahukan perhatian dari orang ramai agar orang melihatnya sebagai mangsa yang juga dipanggil sebagai playing victim.
Dia mahu orang yang tidak tahu menahu cerita sebenar di sebalik sesuatu
kejadian memberikan sokongan, membela dan mempertahankannya seterusnya bersama-sama menyalah dan mengecam pihak lawannya. Dia perlukan pengiktirafan dari orang ramai sebagai justifikasi yang dia berada di pihak yang benar dan lawannya berada di pihak yang salah.
Sepert contoh seorang isteri menulis di Twitter mengatakan rumahtangganya sedang bergolak kerana suaminya mengabaikannya, menghalaunya dari rumah dan mahu menceraikan hanya kerana dia tak pandai masak. Dengan sentimen ini maka berduyun-duyunlah netizen turun menjadi pahlawan papan kekunci membela nasib si isteri ini yang dianggap sebagai mangsa dan terus menghentam suaminya.
Akibat tidak tahan dengan kecaman netizen, akhirnya si suami pula membuka mulut menulis cerita dari sebelah pihaknya pula di mana dia berbuat demikian sebenarnya kerana isterinya curang dan main kayu tiga dengan lelaki lain.
Begitulah antara sebab kenapa orang zaman ini suka meluahkan masalah mereka di media sosial. Kerana mahu penyelesaian, sokongan atau pembelaan.
Aku boleh terima jika mereka mahu penyelesaian.
Aku masih boleh terima sedikit jika mereka perlukan sokongan.
Tapi aku susah nak terima jika mereka perlukan pembelaan, kerana dalam situasi ini kita sebenarnya tak tahu pun hal yang sebenar, kita tak berada pun di tempat ketika kejadian berlaku, malah kita perlu mendengar cerita dari kedua-dua pihak sebelum membuat sebarang penilaian, bak kata pepatah "There are two sides to every coin".
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir
Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di
sini - https://goo.gl/xGAx3o.
tags: kenapa orang manusia meluah perasaan hati masalah di media sosial facebook twitter instagram youtube luahan play victim hal rumahtangga
Selasa, 5 Disember 2017
3 ulasan:
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
org suka luahkan di media sosial sebab rasa media sosial kawan pling rapat dengan manusia :)
BalasPadamLihat movie Free disini
Apa cerita nii noob..berbagaii ragam manusia nii noob..media soSIAL dh jadii sebahgian darii hidup kita noob samada kita sedar atau takk..tk suka media sosial sila duduk uganda sana kata encik mail...🐵🙈🙉🙊
BalasPadamPelik tapi benar, zaman sekarang memang media sosial jadi sahabat karib tempat luahan rasa gembira, serih mahupun kacau. Hihi
BalasPadam