Rabu, 11 Mac 2020

1 Channel Youtube pembelajaran dalam bahasa tempatan

1. Kat Youtube ada beberapa channel Malaysia yang berbentuk pendidikan dan pembelajaran. Antaranya channel Ajar, Berani Buat, ML Studios, Amanz dan sebagainya yang kandungannya berkisar tentang teknologi, sains, matematik, kejuruteraan, komputer, perubatan dan sebagainya.

2. Menariknya channel-channel ini adalah ia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bila mereka menggunakan BM, maka ramailah orang-orang Malaysia terutamanya orang Bumiputera yang tonton. Macam channel Buasir Otak TV pun dalam BM juga tapi channel tu banyak animasi lucu dan komik jelah hehe.


3. Ramai orang kita tonton sebab mudah untuk mereka faham dan pelajari apa yang ditutur dan diterangkan dalam video. Ramai juga yang turun komen memberi ucapan terima kasih kerana menyediakan kandungan video dalam Bahasa Malaysia kerana tidak semua orang fasih dan faham penerangan dalam Bahasa Inggeris.

4. Bayangkan kat Youtube sudah terlalu banyak video berkaitan pendidikan dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris seperti video eksprimen sains, kemahiran hidup, DIY, tutorial teknologi dan sebagainya, tapi tak ditonton oleh orang Malaysia kerana kekangan bahasa.

5. Secara tidak langsung juga dapat menarik minat orang kita dari kanak-kanak sehingga dewasa dalam hal-hal berkaitan pendidikan dan pembelajaran ini. Jadi sebab ini aku tekankan betapa pentingnya kita perbanyakkan kandungan pendidikan dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu, tak kisah dalam bentuk video, audio, buku, komik dan sebagainya, supaya ramai orang kita faham dan berminat.

6. Itu yang bila ada channel seperti ini dalam BM, ia senang nak naik di kalangan audien tempatan sebab masih tak banyak, jadi lebih mudah untuk rebut dan tarik minat audien tempatan. Sedangkan channel yang buat sketsa lawak dan hiburan pickup line pun ramai orang kita tengok, jadi tak mustahil channel pembelajaran pun boleh naik sebab orang kita memang dahagakan kandungan dalam bahasa tempatan. Kadang-kadang sedih juga sebab channel pembelajaran banyak gila dalam versi Bahasa Indonesia, tapi dalam Bahasa Malaysia sangat sikit.

7. Malah seperti mana orang luar negara banyak terjemahkan ilmu ke dalam bahasa ibunda mereka, kita pun kena banyakkan terjemahan kandungan ilmu ke Bahasa Malaysia. Bukan Bahasa Inggeris itu tidak penting, tapi tidak semua orang kita berjaya atau berpeluang menjadi fasih dan pandai Bahasa Inggeris.

8. Jadi kita tidak boleh jadikan bahasa sebagai penghalang seseorang untuk menguasai ilmu. Kita harus kuasai ilmu, dalam masa yang sama belajar bahasa lain, bukannya kena belajar dan kuasai bahasa lain dulu untuk kuasai ilmu. Sebab itu aku membantah PPSMI sebab benda tu hanya membantutkan minat ramai pelajar untuk belajar sains dan matematik, nak belajar sains dan matematik kena kuasai BI dulu.

9. Sepatutnya pelajar harus belajar sains dan matematik dalam bahasa yang dikuasai dan disenangi mereka. Tak dinafikan ada juga pelajar kita yang fasih BI, tapi bilangannya lebih rendah berbanding orang yang lebih selesa dengan BM.

10. Jadi kalau siapa nak belajar sains dan matematik dalam BI, masuk kelas DLP manakala yang lain secara default belajar dalam BM. Tapi kalau ada terma yang lebih sesuai disebut dalam BI, kekalkan je terma tu dalam BI. Yang penting matlamat sampai iaitu suatu ilmu itu akhirnya mudah difahami oleh kita.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: channel youtube pembelajaran pendidikan belajar tips tutorial subjek sains matematik teknologi bahasa tempatan malaysia bm

1 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.