
1. Engkau orang besar. Kau ibarat gajah. Ku hanya semut merah. Aku orang kecil. Selepas beberapa hari masih tak reda lagi kisah adik Veveonah. Sebelum ini Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia mendakwa adik Veveonah menipu tidak ambil ujian atas pokok, kemudian Timbalan Menteri Kewangan I yang juga Ahli Parlimen Kudat pula mendakwa dia menipu dan berdrama lalu mengarahkan pegawainya menjalan siasatan.2. Dakwa beliau, adik Veveonah M tidak tinggal di Kampung Sepatang, malah kalau nak ambil exam online patut boleh ambil di Pekan Pitas yang mempunyai kemudahan Internet yang lebih baik, jadi kenapa berdrama nak ambil ujian online atas pokok?3. Persoalannya, aku tak tahulah kenapa sampai 2 orang ahli politik beria sangat nak cari salah seorang...