
Walaupun kes baru dah mencecah 4 angka setiap hari, namun ramai yang masih buat tak kisah macam takde apa-apa yang berlaku. Yakin sangat macam diri kita takkan kena. Kita tak peduli kerana rasa benda ni ada Frontliners boleh uruskan. Frontliners ada untuk jaga pesakit, Frontliners ada untuk uruskan pesakit, Frontliners ada untuk merawat pesakit, Frontliners ada untuk berjaga 25 jam sehari. Tapi apa yang kita lupa, Frontliners juga adalah manusia, sama sahaja seperti kita, ada keluarga seperti kita, tak lebih, tak kurang. Mereka bukan superhero yang ada kuasa luar biasa. Biologi tubuh badan mereka sama sahaja seperti kita. Jiwa dan raga mereka sama sahaja seperti manusia biasa.&nb...