Khamis, 2 Disember 2021

0 Mana pergi duit gaji aku?

1. Isu gaji minima RM1,200 cukup menghangatkan. Ada yang kata gaji RM1,200 tak cukup, ada yang brag kata gaji RM1,200 lebih dari cukup.

2. Cukup atau tak itu sebenarnya subjektif. Kita langsung takkan boleh bandingkan dengan orang lain kerana kehidupan masing-masing berbeza, latar belakang berbeza, tanggungan berbeza, tanggungjawab berbeza.

3. Ali yang bergaji RM2,000, takkan sama dengan Abu yang juga berpendapatan RM2,000, kerana macam mana pun keperluan dan kemahuan masing-masing berbeza. Ali mungkin tinggal di rumah sewa, Abu mungkin tinggal bersama ibu bapa. Ali mungkin berasal dari keluarga B40, Abu pula mungkin berasal dari keluarga T20. Ali mungkin masih bujang, Abu pula mungkin sudah kahwin ada anak 3.

4. Maka takde seorang pun sebenarnya yang layak untuk dijadikan tanda aras atau benchmark, kata gaji saya banyak ini, saya punya perbelanjaan banyak itu, maka orang lain kena ikut cara saya.

5. Akan tetapi bagi graduan yang berkelulusan degree jika ditawarkan gaji RM1,200 bagi jawatan yang memerlukan degree, kalau cukup sekalipun aku akan tahikan majikan sebegitu.

6. 20 tahun yang lepas, gaji graduan degree pun sekitar RM1,700 - RM2,300, maka takkan tahun 2021 tiba-tiba turun jadi RM1,200. Kau gila?

7. Tapi aku bukan nak cakap tentang isu tu. Aku nak cakap yang kan biasanya bila kita dapat gaji, bila dah nak tengah atau hujung bulan, kita akan ada satu perasaan, "Mana lah gaji aku pergi? Tau-tau je dah nak habis." Disebabkan itu kita akan rasa duit kita selalu tak cukup.

8. Jadi macam mana nak atasi masalah tu? Tipsnya agak mudah tapi aku yakin ramai yang tak buat, sebab dari kawan-kawan dan kenalan aku sendiri, majoriti tak buat.

9. Kita, haruslah rekodkan segala perbelanjaan keluar masuk setiap hari. Dengan merekod perbelanjaan, barulah kita tahu berapa banyak duit yang kita ada, duit yang boleh dibelanjakan, duit yang boleh disimpan, duit yang telah digunakan dan sebagainya.

10. Contohnya gaji kau RM3,000, kau kena catat duit yang masuk, catat bayaran-bayaran komitmen bulanan, catat hari ni beli apa, hari ni makan berapa ringgit, hari ni bayar apa, semua kena catat.

11. Jadi bila setiap kali datang perasaan, "Mana pergi duit gaji aku ye? Kenapa asyik tak cukup ye? Tau-tau dah tinggal sikit.", maka bukalah balik rekod perbelanjaan dan kita akan rasa, "Oooh, kat sini rupanya duit aku pergi. Aku buat bayar ini rupanya. Aku ada beli ini rupanya. Aku dah belanjakan sebanyak ini untuk makan rupa-rupanya. Tinggal banyak ini je lagi yang aku boleh belanjakan."

12. Untuk perkongsian, aku grad pada akhir tahun 2003. Pada bulan April 2004, barulah betul-betul telah terlepas dari ditanggung ibu bapa apabila mula menempuh alam pekerjaan.

13. Dan ya, aku masih ada catatan perbelanjaan aku sejak April 2004 sehingga kini yang aku simpan dalam sebuah file Excel yang kini aku simpan di Google Drive supaya tak hilang dan boleh diupdate di mana-mana.

14. Jadi, yang belum buat rekod perbelanjaan, mulalah sekarang tak kira lah anda nak rekod di mana-mana, kat Excel ke, guna apps ke, kat kertas ke, asalkan ada rekod, supaya kita mudah untuk keep track perbelanjaan dan membuat perancangan bajet.

15. Jika anda berjaya amalkan secara konsisten, insya Allah, setelah beberapa bulan anda akan rasa lebih tenang di awal dan tengah bulan.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: macam pergi duit gaji aku minima rm1200 buat rekod catat perbelanjaan app aplikasi bajet budget urus kewanga


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.