Isnin, 7 Mac 2022

0 Mengiktiraf genre muzik selain pop/balada

1. Lagu Pelukan Angkasa yang pernah menjadi OST filem KL Vampires nyanyian Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah memenangi AJL edisi 2021.

2. Ramai yang bersetuju dengan kemenangan itu, namun ramai juga yang membantah terutama dari kalangan peminat muzik mainstream dan juga generasi muda.


3. Sebelum ni aku pernah dengar nama band Sekumpulan Orang Gila tapi tak pernah betul-betul into it. Bila aku cari dan cuba dengar lagu-lagu SOG kat Youtube, ya memang mereka layak menang.

4. Lirik lagu-lagu mereka bukan sekadar bait-bait kecewa frust menonggeng dan cinta memuji kekasih dan pasangan seperti kebanyakan lagu mainstream, malahan disuntik dengan elemen-elemen melayu walaupun lagu mereka banyak jerit-jerit.

5. Genre punk keras yang mereka bawa tak dinafikan susah untuk popular di kalangan pendengar mainstream, sebab genre muzik yang paling popular dan mesra telinga di Malaysia malahan dunia adalah pop/balada, tapi untuk menjadi yang terbaik ia tak perlu bergantung pada populariti.

6. Kalau ikutkan genre pop/balada adalah genre yang menguasai pasaran muzik mainstream sejak berdekad lalu. Yang masuk final AJL 2021 ini pun didominasi genre ini. Malahan genre ini sudah menang banyak kali dalam AJL.

7. Dalam tempoh 10 tahun ini pun, memang kategori pop/balada yang menguasai kemenangan AJL seperti Gila, Sumpah, Haram, Jampi, Lelaki Teragung, Bahagiamu Deritaku, Terukir di Bintang dan Awan Nano, yang semuanya dinyanyikan oleh penyanyi solo, duo dan kolaborasi. Berapa kali je band muzik yang pernah menang AJL.

8. Maka bagi memastikan genre muzik lain mempunyai kesinambungan dan terus bertahan dalam industri muzik tanah air, ia perlu juga diberi pengiktirafan. Genre hip-hop/rap pernah menang pada 2014 dengan lagu Apa Khabar oleh Joe Flizzow & SonaOne. Genre pop rock memang pada edisi 2015 dengan lagu Potret oleh band Akim & The Majistret.

9. Jika hanya genre pop/balada sahaja yang diberi pengiktirafan, maka nescaya pemuzik generasi baru dan yang akan datang hanya akan buat lagu pop/balada sahaja, manakala genre lain akan pudar ditinggal zaman seperti mana yang berlaku pada genre irama Malaysia, tradisional nusantara, alternatif rock, dangdut, world music dan sebagainya.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: pemenang juara anugerah lagu ajl 36 ajl sekumpulan orang gila shila amzah sog pelukan angkasa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.