Khamis, 24 Mac 2022

2 Trend membuat konten menggunakan kanak-kanak

1. Di zaman orang berlumba-lumba mencipta kandungan menjadi content creator di media sosial, ramai orang dewasa yang suka menggunakan kanak-kanak sebagai bahan content.

2. Ada yang guna kanak-kanak untuk berlakon buat content kat Youtube, ada yang rakam telatah lucu anak murid dalam kelas untuk dikongsi umum kat Facebook, ada yang ajak budak menari sama-sama untuk content TikTok.

3. Jika dalam content ada yang menggunakan gambar atau video kanak-kanak atau anak murid, ia adalah hal yang tak wajar dan aku sangat tidak bersetuju walau apa jua alasan.

4. Menggunakan kanak-kanak untuk content umum lebih-lebih lagi tanpa pengetahuan ibu bapa/penjaga adalah suatu bentuk eksploitasi kanak-kanak seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-kanak dan ia menjadi suatu kesalahan undang-undang. Ini yang ramai orang tak cakna dan mengambil mudah.

5. Melainkan content creator tersebut sudah mendapatkan persetujuan dan keizinan dari ibu bapa atau penjaga, di mana hal itu dalam pengetahuan ibu bapa/penjaga kanak-kanak tersebut.

6. Malahan adalah lebih baik jika ada kebenaran bertulis dari ibu bapa/penjaga, walaupun nak buat content yang baik dan bermanfaat seperti content pembelajaran dan pendidikan sekalipun. Malah di sekolah, privasi anak murid adalah amanah para guru.

7. Tidak mengapa jika kita rakam gambar atau video kanak-kanak untuk diberi atau dilapor kepada ibu bapa/penjaga mereka, atau pun pihak berkuasa untuk menjadi bukti kepada sesuatu kes, tetapi bukanlah untuk dikongsi secara umum kepada semua orang di media sosial.

8. Kanak-kanak adalah sangat vulnerable. Mereka mudah terdedah kepada pelbagai bahaya dan ancaman dari sudut fikizal dan mental, apatah lagi di zaman siber ini. Silap-silap aib mereka terdedah sehingga menyebabkan mereka dijadikan bahan ketawa, dikecam, dibuli dan dieksploitasi di dunia sebenar dan juga di dunia siber.

9. Orang lain boleh cakap macam-macam, tapi kanak-kanak adalah tanggungjawab ibu bapa/penjaga mereka. Kalau apa-apa jadi, orang lain boleh berlepas tangan, tapi masalah harus terus dipikul oleh ibu bapa/penjaga mereka.

10. Kanak-kanak ada hak privasi yang perlu dilindungi. Sebab itu ada ibu bapa yang amat menjaga privasi anak kerana tidak mahu sebarang kemungkinan buruk atau isu keselamatan berlaku di masa akan datang.

Sekian.

Baca juga artikel berkaitan:

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: trend membuat buat content creator konten guna kanak-kanak kanak2 budak2 anak murid privasi cikgu guru sekolah akta dasar perlindungan hak


2 ulasan:

  1. Semalam ada terbaca juga cikgu buat live tiktok bila di tegur seseorang yang menyaksikan live tu boleh pulak dia membalas tak puashati.
    Actually boleh aje kita report terus kepada KPM

    BalasPadam
    Balasan
    1. aduh. kenapa semua benda nak kena buat live pada umum. mahalnya harga sebuah privasi

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.