Rabu, 12 Julai 2023

2 Dilema golongan T20 makan gaji yang ramai tak tahu

1. Biasa kita dengar keluhan golongan B40 dan M40 di media sosial tentang kesukaran hidup, tapi kita jarang dengar keluhan golongan T20. Sebab biasanya jika golongan T20 bercakap tentang masalah mereka, pasti akan dikecam dan dikatakan tak bersyukur.

2. Kita bukan bercakap tentang golongan T20 yang menjadi towkey-towkey besar perniagaan, pemain hartanah yang mempunyai pendapatan ratusan dan jutaan ringgit, ataupun T20 anak-anak menteri, jutawan, bisnesman, ahli politik yang baru umur 20 dah jadi pengarah syarikat, tetapi golongan T20 yang kerja makan gaji yang terpaksa dikategorikan sebagai T20 sebab gaji mereka telah mencecah paras RM10,971.

3. Biasanya golongan T20 seperti ini bermula dengan gaji B40 atau M40 juga. Selepas bekerja selama 15 ke 25 tahun, umur pun dah mencecah 40/45 tahun ke atas, barulah gaji mereka dapat mencapai RM10,000 sebulan. Namun tahukah anda, berapakah cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh golongan T20 ini? Lebih kurang 25% dari pendapatan mereka. Kiranya dalam setahun, hampir 2 bulan dari gaji dia kerja untuk bayar cukai saja.

4. Keratan gambar ini merupakan cukai pendapatan yang diambil dari aplikasi MyTax milik seorang kawan aku yang dia bayar pada LHDN dalam tempoh 3 tahun terkini. Gaji dia bukan puluhan ribu pun, tapi dalam lingkungan RM11K ke RM13K sebulan, kira level paling bawah dalam kasta T20. Bukan jutawan, takde banglo dan kereta mewah. Duduk di satu-satumya rumah teres 2 tingkat yang dia ada, dibeli 15 tahun lepas.

5. Lepas buat pentaksiran cukai, campur tolak zakat, pengecualian semua, setahun dia kena bayar cukai sebanyak RM17K ke RM22K kepada kerajaan. Dengan erti kata lain, dengan  nilai tu dia boleh beli cash sebuah kereta 2nd hand berharga RM20K lepas tu pejam mata je bagi pada kerajaan setiap tahun.

6. Kalau ikutkan kawan aku ni dia kata dia tak kisah sangat kena bayar cukai banyak tu sebab dah tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia jadi nak tak nak kena redha je la kan, tapi masalahnya bila golongan T20 asyik kena je atas bawah kiri kanan seolah-olah anak tiri, sedangkan golongan merekalah yang paling banyak bayar cukai kepada kerajaan.

7. Faham banyak subsidi telah ditarik untuk bagi bantuan kepada B40 sahaja, tapi apa yang mereka dapat? Bayar cukai banyak tapi macam tak dapat apa-apa kelebihan dan kemudahan pun. Prasarana, jalanraya, sekolah, hospital, masih tak di tahap membanggakan pun.

8. Sebab tu ada golongan T20 sanggup hantar juga anak pergi sekolah kerajaan, pergi dapatkan rawatan hospital kerajaan, sedangkan kalau nak pergi sekolah dan hospital swasta mampu je. Sebab mereka dah bayar banyak cukai, kena la guna perkhidmatan kerajaan. Ini dah la bayar cukai banyak, kena lagi pergi swasta.

9. Tambahan lagi kawan aku cakap dia paling kecewa bila bayaran kos haji pun nak kena bayar asing-asingkan ikut B40, M40 dan T20. Kalau bab makanan, tempat tinggal, petrol semua tu dia faham la kalau nak bagi subsidi pada golongan B40 sebab itu barang keperluan.

10. Tapi haji ni bukan barang keperluan sebaliknya ibadah wajib yang bersyarat, iaitu pada orang yang mampu je. Kenapa bab ibadah pun nak kena ada kasta B40, M40 dan T20? Dah la golongan T20 simpan duit paling banyak kat Tabung Haji, menjadi penyumbang utama pada keuntungan Tabung Haji, tapi nak pergi haji mereka kena bayar full sampai RM30K. Kalau nak suruh bayar full, suruh semua bayar full. Kalau nak bagi subsidi, bagi subsidi kat semua orang.

11. Aku tak boleh nak bagi pandangan apa sangat sebab aku bukan T20, tapi sedikit sebanyak aku faham apa yang kawan aku hadapi. Walaupun mungkin ramai yang tak gemar pada T20, tapi tak boleh dinafikan yang mereka adalah antara penyumbang terbesar pada ekonomi negara dan pendapatan kerajaan.

12. Kalau T20 asyik kena tekan macam second class citizen, jangan pelik kalau mereka merajuk dan lari pindah luar negara. Jadi pihak kerajaan, dalam nak mengambil hati dan beli jiwa B40 pun, jangan abaikan juga golongan T20, apatah lagi M40. Mereka juga ada hati dan perasaan.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: dilema golongan t20 m40 b40 pekerja kerja makan gaji yang ramai tak tahu

 

2 ulasan:

  1. Kalau difikirkan, golongan T20 ni adalah mereka yg berusaha keras sepanjang zaman sekolah hingga universiti, dapatkan result yang bagus utk kehidupan yg lebih baik, tapi sudahnya, ini nasib mereka. Sukar dapat apa2 bantuan dan dipandang remeh kononnya dah kaya. Samalah juga golongan M40 yg ngam2 pendapatannya di aras paling minima tu, pun tak dapat apa2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. begitulah nasib M40 dan T20 yang kerja makan gaji

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.