Memaparkan catatan dengan label Epic. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Epic. Papar semua catatan

Ahad, 31 Januari 2016

17 Seni Trolling: Berdua dalam group Whatsapp

Kita mesti ada kawan yang suka masukkan kita dalam macam2 group kat Whatsapp atau Telegram. Group kawan sekolah, group kawan universiti, group kawan pejabat, group futsal, group badminton, group game, group peminat bola sepak, group lepak mamak, group memancing, group alumni kursus dan macam2 group lagi. Asal ada event, create group baru. Asal ada aktiviti, create group baru. Asal ada apa2, create group baru, lepas tu add kita yang kadang2 takde kaitan sangat pun dalam group tu sampai membuatkan kau stuck dalam group tu dan tak sampai hati nak left.

Kalau korang ada member macam ni, korang boleh troll diorang balik dengan add dia ke dalam group "kita".

Kah kah kah.



Isnin, 12 Oktober 2015

9 Gambaran tahun 2000-an oleh orang tahun 1900-an

Biasanya tanggapan dan gambaran kita terhadap masa hadapan mesti agak berlebihan dengan teknologi yang terlalu canggih dan moden, seperti mana dalam siri Doraemon yang menggambarkan perbezaan teknologi dan peradaban yang amat ketara antara ketika Nobita masih kecil dan juga Nobita yang sudah dewasa yang perbezaannya mungkin hanya antara 10 - 15 tahun sahaja.

Begitu juga di dalam rancangan seperti Beyond 2000 dan Beyond Tomorrow yang popular pada sekitar tahun 80 dan 90-an yang menggambarkan betapa pada tahun 2000 nanti teknologi akan jadi begitu canggih sehingga sudah wujudnya kereta terbang dan sebagainya, namun sehingga 2015 kereta yang digunakan oleh orang ramai masih menggunakan roda dan bergerak di atas jalanraya.

Namun bagaimanakah orang yang hidup seabad lalu menggambarkan keadaan dan teknologi yang akan wujud pada tahun 2000-an? Pada sekitar tahun 1899 hingga 1910, beberapa pelukis Perancis pada waktu itu telah melukis beberapa siri lukisan "Perancis Pada Tahun 2000" yang menggambarkan apa yang mungkin ada pada tahun 2000 seperti gambar2 berikut:



Selasa, 1 April 2014

22 Kedudukan pertama yang paling epik di Malaysia

Anda seorang yang sukakan tempat pertama? Selalu menunggu post2 terbaru blog2 popular seperti Blog Serius dan Beautiful Nara untuk menjadi orang pertama yang menulis komen? Selalu rasa bangga dengan pencapaian tertinggi anda itu? Walau anda seringkali berjaya menulis "1st!" atau "First!" di ruangan komen blog2 popular, anda masih lagi seorang amatur dan noob jika dibandingkan dengan orang ini.



Rabu, 26 Disember 2012

23 Segmen Jom Main Game - Street Fighter x Mega Man

Rata2 orang lelaki yang lahir pada tahun 80-an atau 80's kids mesti pernah main game konsol Nintendo 8-bit atau yang glamer kat Malaysia dulu Micro Genius pakai cartridge game besar gedabak siap ada 1000 in 1 tapi game2 dalam tu sama je, level je lain2. Dan rata2 yang pernah main game lapan bit ni mesti pernah main game Mega Man. Street Fighter tu tak payah cerita la, kaki lumba kuda kat arcade haram mesti tau punya. Setelah 25 tahun kemunculan game Mega Man dan Street Fighter, seorang peminat game dari Singapura iaitu Seow Zong Hui telah membangunkan sebuah game crossover kedua game ini bertajuk Street Fighter x Megaman dengan support dari Capcom.