Khamis, 28 Mei 2020

2 Minta tolong dan menolong orang biar berpada-pada

1. Pernah tak bila kita jumpa kawan lama, lepas tu dia tanya kita kerja mana, kita cakap kita kerja TM. Lepas tu dia cakap, "Eh nanti kau tolong bagi check Internet aku asyik problem je", sedangkan kita kerja kat TM tu sebagai HR je.

2. Pernah tak bila kita balik kampung, lepas tu seorang pakcik kita taknya kita kerja mana, kita cakap kita kerja kat LHDN. Lepas tu dia cakap, "Eh nanti kau tolong check aku punya BSH dah masuk belum", sedangkan kita kerja kat LDHN tu sebagai kerani je.

3. Pernah tak bila kita luahkan masalah tempat kerja kita di FB, lepas tu ada kawan tanya kita kerja mana, kita cakap kita kerja PosLaju. Lepas tu dia cakap, "Eh nanti kau tolong check barang aku kat mana sekarang", padahal kita kerja kat bahagian multimedia.


4. Pernah tak bila kau tengah kerja, tiba-tiba ada kawan sekolah yang dah lama tak contact tiba-tiba call kau cakap, "Eh kau kerja kat jabatan kerajaan kan? Aku ada masuk tender kerajaan ni, nanti kau tolong-tolong la aku dapat tender tu", sedangkan kita cuma pembantu tadbir je kat situ.

5. Pernah tak bila kita nak pergi luar negara, lepas tu seorang kawan cakap, "Eh nanti nak kirim belikan barang. Barang tu cuma ada jual kat kedai ni, nanti kau pergilah belikan untuk aku". Sudahlah dikirim dengan air liur sahaja, lepas tu dalam jadual lawatan asal tak lalu pun lokasi kedai tu.

6. Pernah tak bila kita seorang pelukis, tiba-tiba dapat mesej kat FB ada orang cakap, "Eh awak pandai lah melukis, boleh tak lukis muka saya free, atau ajar saya melukis dari A ke Z", sedangkan kita banyak lagi deadline nak kena kejar.

7. Lepas tu kita pulak jenis tak reti nak menolak, dan orang yang minta tolong tu pulak jenis tak faham dan suka memaksa. Akhirnya sama ada kita terpaksa menyusahkan diri melakukan sesuatu yang diluar bidang dan kawalan kita hanya untuk memuaskan hati orang lain, atau rasa bersalah kerana memberi harapan palsu pada orang tersebut cakap nak tolong sedangkan kita sebenarnya tak tolong buat apa-apa pun.

8. Tak salah nak minta orang tolong, tapi berpada-pada lah. Jangan kerana kita tahu orang itu bekerja di tempat tertentu, ada kerjaya tertentu, pergi ke tempat tertentu, kita ambil kesempatan minta dia buat sesuatu yang di luar jangkauan dia yang mungkin akan menyusahkan dia atau memberi kesan negatif pada kerjaya dia.

9. Bayangkan, kau nak minta tolong kawan kau pembantu tadbir tolong menangkan tender untuk kau, minta tolong kawan kau kat HR tolong check masalah Internet kau, minta kawan kau travel 50km kat luar negara semata-mata nak tolong beli barang kau, apa kebenda? Diorang pun ada hal dan masalah sendiri yang nak kena selesaikan, ni nak tambah lagi beban dia dengan masalah kau. Agak-agak lah.

10. Ada isu atau masalah ke apa, guna saluran yang betul. Lagipun sekarang kemudahan semua dah ada. Ada masalah Internet, telefon je hotline macam orang lain buat. Nak tahu status BSH, check je kat laman web dia. Nak tahu barang pos dah sampai mana, track je kat Internet. Nak menang tender, bersaing je lah secara adil dengan syarikat lain. Nak beli barang kat luar negara, beli je kat Internet. Nak belajar melukis, cari je tutorial berlambak-lambak kat Youtube, atau masuk je kelas melukis.

11. Dan kita juga, bila ada orang minta tolong yang kita rasa benda itu di luar jangkauan kita dan akan menambah beban kita, beranikan diri untuk tolak secara baik dan cakap "Maaf, tak boleh". Walaupun ia mungkin akan mengguris hati orang, tapi buat apa bersusah payah menjaga hati orang lebih-lebih lagi orang yang kita tak berapa kenal dan rapat, sedangkan pada akhirnya ihati kita sendiri yang resah dan tersakiti, malah membuatkan ia memakan diri kita sendiri.

12. Lagipun, andai kita sanggup bersusah payah tolong orang macam tu sehingga di luar kemampuan kita, belum tentu orang itu boleh berbuat yang sama pada kita bila kita minta tolong padanya. Jadi berpada-pada lah dalam meminta tolong dan juga memberi pertolongan.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: minta tolong dan menolong orang biar berpada-pada tambah beban stress tiada kuasa tekanan


2 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.