Rabu, 27 Mac 2019

9 Berniaga jangan layan pelanggan macam haram

1. Baru-baru ini aku ke pantai timur untuk menghadiri majlis perkahwinan. Masa berhenti di sebuah R&R di LPT2 aku perasan tayar kereta aku merekah.

2. Aku ambil keputusan singgah di Kuala Terengganu untuk tukar tayar alang-alang dah dekat. Tapi memandangkan aku tak tahu langsung selok belok di sini, maka aku buat carian 'kedai tayar' di Google Maps.

3. Lalu banyaklah kedai tayar yang disenaraikan dalam Google Maps. Ada yang banyak bintang, ada yang kurang bintang, ada yang banyak review bagus, ada yang banyak review tak bagus, ada yang tak pernah orang review langsung.

Gambar hiasan

4. Untuk tidak membuang masa pergi banyak kedai untuk survey, aku pun telefonlah terus beberapa kedai untuk tanyakan harga dan saiz tayar yang aku perlukan.

5. Ada satu bengkel ni tengok gambar kedai dia agak besar, dapat rating tinggi jugak lebih dari 4/5, jadi aku pun telefon tanya harga dan jenis tayar yang aku nak. Malangnya orang bengkel tu jawab acuh tak acuh, tak serius, macam malas nak layan. Jadi aku pun malas nak pergi kedai tu.

6. Aku telefon pula kedai yang lain, pun agak sama layanannya. Ingat aku mengemis ke? Aku nak bayar kot nak tukar tayar, bukan nak mintak tayar percuma. Diorang ni nak berniaga ke tak nak?

7. Lepas tu aku telefon pula satu lagi kedai tayar. Kali ni memang dia layan baik, mesra, jawab tip top. Yang lagi aku kagum, yang jawab tu orang Cina tapi cakap dalam loghat Bahasa Melayu Terengganu. Tanpa berlengah lagi terus aku setkan direction di Google Maps dan pergi kedai dia, tak payah nak survey-survey lagi dah.

8. Sampai kedai pun dia layan baik. Hasil kerja pun bagus. Harga pun berpatutan. Siap semua aku terus bagi 5 bintang kat kedai dia dan bagi review baik punya dalam Google Maps, sekurang-kurangnya dapat dijadikan panduan kepada orang lain yang nak cari kedai tayar di kawasan itu dan kedainya akan dapat lebih pelanggan.

9. Aku ni simple je. Kalau layanan kau baik, mutu dan kualiti perkhidmatan kau bagus, aku beli. Kalau layanan macam haram, servis macam haram, jangan harap la aku nak pijakkan kaki kat kedai kau lagi.

10. Zaman sekarang ni nak beli barang sangat mudah, boleh pergi kedai atau membeli belah sahaja di Lazada atau Shopee. Kalau nak cari kedai atau tempat di kawasan yang kita tak biasa pun senang je nak jumpa guna Google Maps. Tak perlu tengok tanda jalan atau berhenti tanya orang pun. Semua hanya di hujung jari kita.

11. Malah dengan adanya sistem rating di Google Maps, orang nak bagi markah, ulasan, maklum balas, komen, aduan dan rungutan pun mudah. Dengan adanya sistem rating ini, kau akan dapat sama ada lebih banyak pelanggan atau hilang pelanggan.

12. Macam ada satu restoran aku pergi nak sarapan. Kedai bukannya baru bukak, tapi servisnya huru hara kelam kabut lembab nak mampus macam baru seminggu bukak.

13. Aku order air kopi dengan roti canai je pun. Lepas 10 minit, air sampai. Lepas 20 minit, orang meja sebelah yang datang kemudian dapat roti canai dulu. Aku pergi komplen tanya mana roti canai aku, dia cakap kejap ramai orang. Lepas 30 minit baru orang hantar roti canai aku. Sekurang-kurangnya cakap la minta maaf sebab lambat, ini buat muka kering.

14. Lepas tu bila nak bayar, kaunter kosong. Orang dah beratur panjang nak bayar. Tunggu 5 minit baru orang kaunter datang. Masa bayar pulak orang kaunter tu jangankan ucap terima kasih, muka pun ketat nak mampus macamlah aku ni mintak duit kat kau. Aku makan bayar la bukan mintak makan free pun.

15. Lalu aku pun terus bagi 1 bintang dan bagi feedback pasal restoran tu kat Google Maps. Rupa-rupanya dah ramai orang tulis aduan yang lebih kurang sama pasal restoran tu. Ini memang kali terakhirlah aku pergi kedai tu.

16. Jadi lepas ni kalau nak pergi mana-mana kedai, semak dulu rating dan review kat Google Maps. Kalau rating rendah dan banyak review teruk, tak payah pergi, buat sakit hati je.

17. Peniaga pula rajin-rajinlah jugak check rating dan review pelanggan. Kalau teruk sangat, ambil iktibar dan baiki kelemahan yang dinyatakan dalam review. Jangan ambil mudah.

18. Kesimpulannya, kalau nak berniaga buat cara berniaga. Orang tak mintak dilayan macam raja, tapi bila orang tanya, jawab elok-elok. Kalau buat salah, minta maaf. Bila orang bayar, senyum dan ucap terima kasih. Susah sangat ke? Aku gembira, kau dapat untung. Pelanggan tak lari dan datang lagi, untung kau bertambah lagi. Simple.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: berniaga kedai restoran makan tayar bengkel rate rating review google maps sikap 

9 ulasan:

  1. Balasan
    1. Bisjut hatuk kamu

      Padam
    2. Bisjut kepala bapak ko. Lahanat

      Padam
    3. bisjut kepala tenuk hang

      Padam
  2. memang gitu jika orang melayu berniaga kita nak tolong bangsa kita tapi apabila kita pergi layanan acuh tak acuh je amat menyakitkan,kadang kadang mereka ambil anak beranak jadi pekerja ini yang jadi masaalah pekerja kawal taukeh sebab taukeh tak berani tegur pekerja bimbang perhubungan keluarga tergugat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pernah kena dengan cina jugak.. Banyak kali

      Padam
  3. Saya pun banyak kali alami situasi yang sama.. Sama seperti BO kongsi kat sini.. Berniaga macam acuh tak acuh macam saya ni hadap sangat.. Kalau tau nak berniaga tolonglah serius..

    BalasPadam
  4. Alamak baru fikir nak berniaga. Takotla pulakkk huahuahuahua

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.