Khamis, 21 Mac 2019

2 Hala tuju jika keputusan SPM tidak memuaskan

1. Lepasan SPM yang keputusan tak berapa cantik biasanya susah untuk mendapat kursus pilihan mereka di peringkat ijazah sarjana muda (degree).

2. Dalam borang UPU pemohon boleh isi beberapa kursus yang dia nak mohon, 8 kalau tak silap.

3. Biasanya pemohon akan pilih jurusan yang dia minat di atas dan letak jurusan yang dia tak berapa minat kat bawah sekadar untuk penuhkan borang pilihan.


Gambar hiasan.


4. Contohnya seorang lepasan SPM minat bidang kejuruteraan lalu memilih 5 kursus berkaitan kejuruteraan dan pilih lagi 3 kursus dalam bidang lain seperti IT, komunikasi dan sumber manusia sekadar untuk penuhkan borang dan mahu play safe pilih jurusan yang kurang ketat syarat pengambilan.

5. Namun dengan keputusan SPM yang tak berapa cantik, dia mendapat tawaran pilihan kursus terakhir yang dia pilih, kursus yang lari jauh dari bidang yang diminati.

6. Tapi sebab dia nak masuk juga universiti dan mahu juga ada degree, dia pun terima dan teruskan sahaja kursus tersebut walaupun kurang minat. Bila dah masuk suatu kursus, dah susah nak tukar kursus lain.

7. Akhirnya dia terpaksa melupakan minatnya dan terpaksa menceburi bidang yang dia tak minat sehingga ke alam pekerjaan, yang dia kena hadap hampir separuh dari hayatnya.

8. Bagi aku kalau keputusan SPM korang tak berapa cantik tapi masih bercita-cita nak ada degree dan mengembangkan karier dalam bidang yang diminati, jangan rushing.

9. Mohon dulu sijil atau diploma dalam bidang yang korang minat, contohnya dalam bidang kejuruteraan. Masuk je dulu institut latihan, institut kemahiran, politeknik, UiTM atau mana-mana institusi yang menawarkan sijil/diploma.

10. Walaupun laluannya agak lama berbanding orang yang terus masuk degree, tapi sekurang-kurangnya kau dapat masuk dalam bidang yang kau minat, lepas tu kayuh perlahan-lahan.

11. Kalau kau nak terus masuk degree dari SPM, STPM atau matrikulasi, mereka tetap akan tengok keputusan SPM. Tapi kalau kau nak sambung degree lepas dah ada diploma, biasanya universiti tak tengok dah result SPM. Diorang akan tengok result diploma kau je. Kalau result diploma kau cantik, lagi senang kau nak sambung degree dalam bidang yang sama.

12. Jadi bila kau dah ada diploma kejuteraan elektrik (tempoh pengajian antara 2-4 tahun), mudah untuk kau mohon sambung degree kejuteraan elektrik, tambahlah lagi dalam 2 atau 3 tahun belajar.

13. Mungkin kau ada rasa malu dan rendah diri sebab tengok kawan-kawan kau yang lain ramai terus buat degree sedangkan kau buat diploma, persetankan semua tu. Kita yang tentukan hidup kita sendiri, bukan kawan-kawan kita. Lagipun salah kita juga kan tak belajar rajin-rajin tak dapat result SPM cantik.

14. Tapi pada akhirnya sekurang-kurangnya kau dah ada diploma dan juga degree. Kawan-kawan kau cuma ada degree je. Lepas tu bolehlah kalau nak sambung master dan PhD. Ya, Memang laluannya agak lambat tapi sekurang-kurangnya kau tak menyesal di kemudian hari kerana tak dapat sijil akademik dalam bidang yang kau minat.

15. Malah orang yang ada diploma dan degree biasanya lebih ada kelebihan dalam pekerjaan berbanding orang yang hanya ada degree. Ini kerana orang yang ada diploma pengetahuannya dalam kemahiran dan praktikal lebih tinggi berbanding orang yang hanya ada degree yang biasanya lebih berpengetahuan dalam teori tapi kurang kemahiran praktikal.

16. Lagipun tatkala peluang pekerjaan semakin kurang, kau boleh mohon jawatan dan pekerjaan yang syaratnya memerlukan diploma atau degree, sedangkan orang yang ada degree sahaja tidak boleh memohon jawatan dan pekerjaan yang dibuka untuk pemegang diploma.

17. Sebab akhirnya bila kau dah lama dalam bidang pekerjaan, kau akan jumpa orang yang lahir lagi lambat dari kau, orang yang keputusan SPM lebih rendah dari kau, orang yang bermula dengan sijil/diploma, orang yang grad lebih lambat dari kau,  atau yang takde degree pun, kini ada yang jawatannya lebih tinggi dari kau, malah kau pula perlu bekerja di bawahnya.

18. Kesimpulannya, jangan malu, jangan segan, jangan bandingkan diri dengan orang lain, tiada sesiapa yang perlu dikejar. Kayuh sahaja perlahan-lahan. Ikut kemampuan sendiri. Masing-masing ada jalan yang bebeza.


Baca juga artikel berkaitan:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: keputusan ujian peperiksaan spm sekolah menengah 2018 kurang memuaskan tidak baik tak cantik lepasan halatuju apa nak buat

2 ulasan:

  1. Itulah kadang-kadang fikir nak short-cut aje.
    Tak terfikir pulak long distance tu banyak juga keistimewaannya.

    BalasPadam
  2. Sebenarnya apa yang penting adalah kemahuan kita biarlah mengikut corak kita sendiri dan bukannya di telunjuk orang lain..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.