
Salah satu kelebihan tinggal di negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai lapisan kaum dan agama adalah cuti umum. Ya, kita dapat banyak cuti umum.
Orang Melayu Islam sambut raya, semua kaum dan agama pun cuti.
Orang Cina sambut tahun baru, semua kaum dan agama pun cuti.
Orang India raya, semua kaum dan agama pun cuti.
Orang Buddha, Hindu, Kristian sambut perayaan mereka, semua kaum dan agama pun cuti.
Bukan setakat perayaan, malah kita cuti lagi pada Tahun Baru, Hari Pekerja, Hari Merdeka, Hari Malaysia dan lain-lain lagi.
Untungnya hari cuti ini bukan sahaja memberi masa untuk rehat, riadah, berjalan-jalan, shopping dan sebagainya pada
ramai orang yang bekerja dan belajar, malah kalau kerja di hari cuti
umum, biasanya akan dibayar...