Iklan Leaderboard

Jumaat, 8 September 2017

3 Kenapa warga asing suka tinggal di Malaysia?

Negara Malaysia.

Walau ramai yang merasakan negara kita ini banyak kekurangan berbanding negara lain, tambah lagi dengan pelbagai isu yang tak menyeronokkan kedengaran setiap hari, namun sebenarnya negara kita ada banyak juga kelebihan dari negara lain. Malah kalau tanya pelancong atau warga asing yang datang ke Malaysia untuk belajar atau bekerja, ada yang rasa negara kita lebih baik dan menyeronokkan dari negara asal mereka, malah ada yang tak nak balik pun dan nak duduk Malaysia terus. Sebab tu negara kita jadi tempat lambakan warga asing.


Banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan warga asing suka tinggal di Malaysia, antaranya faktor peluang pekerjaan, peluang perniagaan, ekonomi, kos sara hidup, undang-undang, persekitaran, sikap masyarakat setempat, makanan, cuaca, tempat-tempat menarik dan lain-lain lagi faktor sama ada yang positif mahupun yang negatif.

Namun ini adalah jawapan seorang warga Jerman yang telah menetap dan bekerja di Malaysia selama 13 tahun apabila ditanya kenapa dia suka tinggal di Malaysia?

UK: Tak suka dengan cukai VAT 20%? Tinggalkan UK dan tinggal di Malaysia. Cukai GST di sini hanya 6%.

US: Nak rawatan kesihatan percuma? Tinggalkan USA dan pergi ke Malaysia. Rawatan kesihatan di sini hampir percuma di hospital/klinik kerajaan.

Hong Kong: Tak mampu nak beli rumah? Tinggalkan Hong Kong dan pergi ke Malaysia. Ramai orang berusia 35 tahun ke atas memiliki rumah sendiri.

Filipina: Apa? Anda mahu kereta? Tinggalkan Filipina dan datang Malaysia. Boleh kata satu isi rumah mempunyai lebih dari sebuah kereta.

Sweden: Anda mengadu tentang kos sara hidup yang tinggi? Berhijrah ke Malaysia, kadar kos sara hidup mereka antara yang terendah di dunia.

Kanada: Harga minyak petrol terlalu mahal? Tinggalkan Kanada dan datang Malaysia. Harga seliter petrol di sini lebih murah dari sebotol air Coca Cola.

China: Mahu mendapat tempat di sekolah menengah? Tinggalkan China dan pergi Malaysia. Di sini banyak sekolah Cina untuk anda dan semua orang pasti boleh bersekolah.

Jepun: Mahu menikmati keseronokan hidup tanpa mengabaikan pekerjaan? Tinggalkan Jepun dan tinggal di Malaysia. Di sini banyak cuti umum, kerja sampai pukul 5 petang, kakitangan kerajaan kerja sampai 4.30 petang, dan ramai orang kerja 5 hari seminggu. Mereka boleh pergi tonton wayang, lepak minum di Starbucks, makan luar selalu dan kerap pergi berjalan-jalan.

Australia: Tidak gembira kedai banyak yang tutup awal? Pindah ke Malaysia, di sini banyak kedai makan buka 24 jam dan pasaraya buka sampai jam 10 malam.

Indonesia: Mahu orang Cina jadi Datuk Bandar? Tinggalkan Jakarta dan pergi ke Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang memang orang Cina sejak tahun 1957.

Singapura: Mahu kutuk dan maki pemimpin anda di FB? Tinggalkan Singapura dan pergi ke Utara. Di sini mereka kutuk Perdana Menteri mereka setiap hari.

Dan seterus dan seterusnya...


Nampak, Malaysia bukanlah seteruk yang kita selalu rasakan. Ya kita memang banyak kekurangan, tapi kita juga ada kelebihannya. Maka berbanggalah jadi anak Malaysia!


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: kenapa suka tinggal di malaysia warga asing pelancong kerja pandangan

3 ulasan:

  1. sebab malaysiaaa.... baguuuusss

    BalasPadam
  2. Malaysia okay je.. tak ada masalah... suka negara sendiri cuma tak suka how orang yang berjawatan tinggi uruskan negara dan urusan kerja.. tu je.. owh and pemikiran negatif setengah orang kita XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. X suka bleh pindah dok Kongostan. Proot

      -sirosli-

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...