Di zaman teknologi ini betapa mudahnya manusia menghukum dan membuat kesimpulan walau sekadar melihat dari rupa luaran sahaja, dan betapa sibuknya manusia membuat fitnah dengan orang yang langsung tiada kaitan dengan dirinya.
Lepas dah salah dan kantoi buat fitnah, sekadar buat bodoh sahaja tak pandai pula nak minta maaf, paling tidak pun padam post je, terutama tukang mula buat cerita, page-page Facebook murahan yang miskin Like mengemis Like dengan menjaja cerita tak betul pasal orang lain dan juga netizen-netizen narsisistik yang kononnya pakar serba serbi semua benda nak bagi komen dan ulas sampai akhirnya terserlah kebodohan sendiri.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir
Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di
sini - https://goo.gl/xGAx3o.
tags: menilai menghukum dari rupa luaran beg kertas jenama mahal bonia hadiah awek budak sekolah viral fitnah kek page miskin like
Sabtu, 23 September 2017
4 ulasan:
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
skrang viral mmg mudah sgt org percaya.hmm.. lebih baik tgk n diam je.. xkuasa nk ikut campur keyboard warrior ni.komen mcm dia saje yg baik n btol.. kalau tsilap judge kan dah jadi satu dosa..
BalasPadamkira macam, dont judge a book by its cover.
BalasPadamnak cerita la ni,
masa aku kawen dulu. ada orang bg aku hadiah bungkus pakai kertas A4 punya kotak. kotak yang besar tu.
mesti orang bajet dalam tu kertas kan?
tak. dalam tu ialah periuk ada 3 saiz tak silap. jenama tappurware ori kau. betol-betol tak sangka.
jd, tak kisahla viral ka, real life ka.
lebih baik bersangka baik. tp bila dh tersangka buruk, seeloknya selidik dahulu, sebelom menyampaikan.
wallahualam.
Ok, selamat pengantin baru.. prooot
Padam-silaloque-
takdaknya pengantin baru, dah lama dah kejadian 4 taun lepas
Padam