Jumaat, 19 Jun 2020

6 Akidah boleh terjejas tanpa kita sedari

1. Minggu lepas lalu kat timeline aku orang share post seperti ini, "Sesuatu yang ingin kamu lakukan seandainya tidak dilarang dalam agama". Hantaran tu asalnya dari orang Indonesia, tapi ada juga orang Malaysia yang jawab dan kongsi.

2. Antara yang dikomen adalah "tak payah solat", "tak payah beribadah", "buat tatoo", "tukar jantina", "kahwin kaum sejenis",  "minum arak", "mencuri", "berzina", "merogol", "bunuh orang", "bunuh diri" dan macam-macam lagi hal yang dilarang dalam agama.

3. Lagi menyedihkan apabila ada juga orang Melayu Islam yang turut sama kongsi dan menyatakan keinginannya untuk melakukan sesuatu yang dilarang oleh agama.


4. Agama ini bukan perkara main-main. Tiada istilah "seandainya tidak dilarang" dalam agama apatah lagi kalau kau beragama Islam. Benda yang sudah JELAS dilarang adalah benda yang dilarang, noktah. Tiada kalau kalau.

5. Bila kau dengan yakin ada keinginan mahu melakukan sesuatu yang dilarang dalam agama, walaupun dengan tutur gurauan, silap-silap benda tu boleh jejaskan akidah kau sebagai seorang Islam.

6. Malah ada perbuatan yang bukan sahaja dilarang dalam agama, malah dalam undang-undang manusia, contohnya seperti mencuri, membunuh, merogol dan perbuatan buruk lain yang melibatkan manusia lain, kau tetap tak boleh buat.

7. Sebab tu kalau orang atheis yang takde agama sekali pun, diorang tak boleh melakukan perbuatan-perbuatan tertentu kerana undang-undang manusia tetap melarang.

8. Jadi sesiapa yang dengan penuh keyakinan ada keinginan nak buat benda yang dilarang, apatah lagi yang mahu menormalisasi dan mengiktiraf perkara yang ditegah itu seperti BGLT, muhasabah diri balik. Jangan sampai akidah kita terpesong.

9. Malah kalau kau pernah terdetik dan merasakan macam "bestnya tengok non-muslim, boleh minum arak, boleh seks luar nikah, tak payah solat, boleh kahwin sejenis" dan seumpamanya, hati-hati kerana ini pun boleh menggugat akidah kita.

10. Jaga hati kita. Jaga lidah kita.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: akidah terjejas tergugat terpesong iman keimanan runtuh tanpa sedar sedari disedari perkara larangan ditegah dalam agama


6 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.