Isnin, 22 Ogos 2022

0 Kita semua adalah Content Creator

1. Alhamdulillah akaun TikTok Buasir Otak dah mencecah 100K Followers. Target Youtube dapat 100K Subscribers, tak sangka kat TT dapat dulu.

2. Sejujurnya tak pernah fokus pun kat TT sebelum ni. Video kat TT pun boleh kata cuma 1/5 dari jumlah video yang ada kat YT. Cuma mungkin sebab targeted audien lebih ramai di TT berbanding YT jadi TT lebih cepat naik bila ada video kita yang meletup.

3. Walaubagaimana pun masih lagi berharap dan berusaha untuk dapatkan 100K subs kat Youtube sebab boleh dapat Silver Play button. Kat TikTok dapat 100K Followers tak dapat apa-apa pengiktirafan pun dari TT, cuma layak untuk buat Creator Marketplace.

4. Nak share some thought. Zaman dulu yang boleh hasilkan content adalah media cetak dan elektronik sahaja, sama ada di surat khabar, majalah, buku, TV, radio, pawagam dan sebagainya. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh menghasilkan content secara mainstream, dan ia juga dikawal dan ditapis.

5. Namun zaman sekarang ini semua orang boleh jadi content creator, dari budak-budak sampai lah orang tua. Menulis pandangan dan idea di FB, post gambar dan lukisan di IG, buat video di YT dan TT, itu semua adalah content, cuma platform sahaja yang berbeza, tanpa tapisan dan kawalan. Tersilap content, cuma akan mengundang amarah dari netizen.

6. Content pula ada bermacam-macam jenis. Ada yang berbentuk lontaran idea, pandangan, komik satira, video sketsa pendek, animasi, parodi, pembelajaran, tips, masakan, nyanyian, luahan perasaan, lifestyle, kehidupan, pengalaman kerja dan sebagainya.

7. Ada yang bersusah payah berusaha menghasilkan pelbagai content tapi sambutannya dingin, sedangkan ada juga orang lain yang contentnya sekadar senyum depan kamera tapi sambutannya beribu-ribu.

8. Ada pula content creator yang tak menghasilkan content, sebaliknya sekadar sedut content milik orang lain dan upload semula bulat-bulat seperti, penulisan, lukisan/komik, video, sedutan filem, drama atau rancangan TV tanpa membuat sebarang olahan, reaksi atau komentari. Yang macam ni tak boleh dianggap content creator tapi lintah maya.

9. Ada juga content yang tiba-tiba viral biasanya kerana kebetulan dia sempat merakam sesuatu kejadian menarik atau yang mendatangkan kemarahan masyarakat berlaku depan dia, atau orang buat content yang mencetuskan kontroversi seperti hina agama dan isu sensitif.

10. Begitu juga content berbentuk spill the tea atau mendedahkan keburukan seseorang sama ada diri sendiri atau orang lain yang biasanya lagi cepat viral sebab manusia tu nalurinya suka membawang hal orang.

11. Dari sudut jantina, orang perempuan yang ada rupa paras cantik ada advantage untuk mudah popular, sebab orang lelaki dan perempuan kebanyakannya memang suka tengok perempuan yang cantik. Buat trend angguk geleng angguk geleng pun berduyun-duyun orang tengok.

12. Orang lelaki pula, kacak sahaja tak cukup untuk meletup, sebab yang tertarik hanya perempuan dan segelintir lelaki. Orang lelaki boleh menang di hati ramai penonton dengan content komedi walaupun takde rupa. Sebab tu Khaby Lame boleh jadi raja TT, sebab dia buat content lawak.

13. Macam aku pula yang nak buat content tapi tak nak tunjuk muka sebenar, maka genre komedi guna animasi dan game adalah pilihan. Walaupun mostly lawak cringe, tapi syukur ada juga orang yang terhibur dengan lawak cringe aku.

14.  Kadang-kadang kita tak tahu apa kekuatan kita yang boleh buatkan orang suka, jadi kita akan mencuba buat pelbagai jenis video. Tapi bila dalam banyak-banyak video yang kita hasilkan ada satu tu yang meletup, kita kena fokus buat video yang lebih kurang sama supaya dapat menarik minat targeted audien.

15. Akhir kata, anda semua nak buat content apa pun buatlah. Cuma nak pesan, jangan buat content yang melampaui batas agama dan budaya, content pasal aib orang lain atau diri sendiri, content yang menjatuhkan maruah, yang melanggar peraturan, yang bakal menyusahkan kita dan yang seangkatan dengannya. Bak kata pepatah, kalau susah nak buat pahala, jangan pula menambah dosa.

Sekian sahaja untuk kali ini. Terima kasih pada yang menyokong.

 


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: kita semua content creator tiktok youtube facebook instagram twitter media sosial social


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.