Selasa, 9 April 2024

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Kau Narsisistik

Jangan jadi orang narsisistik yang sentiasa mengkagumi diri sendiri.


Buasir Otak: The Muzik - Kau Narsisistik

Lirik:

Setiap kali ada isu melanda
Pasti ulasan kau ada sahaja
Walaupun kau bukan yang ahlinya
Sering beria nak jadi juara

Selalu anggap diri kau terpaling
Semua benda pun engkau nak bising
Bila kau dah salah, jari dituding
Minta maaf tiada, lagi kau pusing

Kau, kau, kau narsisistik
Kau tak sedar sikap kau yang jelik
Diri sendiri dikagum, dada didabik
Kerana kau, kau, kau narsistik

Kau, kau, kau narsisistik
Apabila dikritik, terus kau herdik
Bila dah malu, baru kau nak panik
Kerana kau, kau, kau narsistik

Ego kau sebesar galaksi
Merasa dunia kau hanya tentang diri
Anggap diri bagaikan matahari
Diputari Bumi, Marikh dan Musytari

Buat apa pun, kau mahu dipuji
Sering emosi langsung tiada empati
Bila ditegur kau tidak peduli
Bila terjatuh terus minta simpati

Jangan kau anggap diri kau sempurna
Sedang kita semua bagai debu semata

Kau, kau, kau narsisistik
Kau tak sedar sikap kau yang jelik
Diri sendiri dikagum, dada didabik
Kerana kau, kau, kau narsistik

Kau, kau, kau narsisistik
Apabila dikritik terus kau herdik
Bila dah malu baru kau nak panik
Kerana kau, kau, kau narsistik

Kerana kau, kau, kau narsistik
Kerana kau, kau, kau narsistik
Kerana kau, kau, kau narsisistik

Lirik: Prince of Noob
Komposer: AI Generated



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri soundtrack intro ost kau narsisistik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.