Isnin, 8 April 2024

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Zaman Sekolah

Nikmatilah zaman sekolah dengan sebaiknya, kerana ia tak akan berulang lagi.


Buasir Otak: The Muzik - Zaman Sekolah

Lirik:

Setiap kaliku merentasi jalan ini
Menggamit memori zaman persekolahan
Di sekolah rendah ini aku bermula
Dalam mengejar cita-citaku

Belajar bersama di dalam kelas
Bermain gasing di waktu rehat
Dengan teman-teman yang baik hati
Senyuman ceria di setiap wajah

Aku rindukan zaman sekolah
Tersimpan segala kenangan pahit dan manis
Saat paling seronok dalam kehidupan
Aku nak kembali ke zaman sekolah
Woah!

Melangkah pula ke sekolah menengah
Dari kanak-kanak menjadi remaja
Didikan cikgu mematangkan kita
Menambahkan ilmu dan pengalaman

Zaman persekolahan zaman terbaik
Disinilah kita temu kegembiraan
Tak perlu harungi kerja lapan ke lima
Tak pening fikir masalah orang dewasa

Aku rindukan zaman sekolah
Tersimpan segala kenangan pahit dan manis
Saat paling seronok dalam kehidupan
Aku nak kembali ke zaman sekolah
Woah!

Saat manis dengan teman seperjuangan
Belajar, bermain, tertawa bersama
Terima kasih pada kenangan lalu
Zaman sekolah tetap di hati
Zaman sekolah tetap di hati

Aku rindukan zaman sekolah
Tersimpan segala kenangan pahit dan manis
Saat paling seronok dalam kehidupan
Aku nak kembali ke zaman sekolah
Woah!

Saat manis dengan teman seperjuangan
Belajar, bermain, tertawa bersama
Terima kasih pada kenangan lalu
Zaman sekolah tetap di hati
Woah!

Lirik: Prince of Noob
Komposer: AI Generated



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri soundtrack intro ost zaman sekolah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.