Selasa, 30 April 2024

0 Filem tentang sisi gelap suatu entiti bakal melambak

1. Suatu masa dulu, sisi gelap suatu entiti terutama yang melibatkan badan kerajaan dan politik sangat taboo untuk difilemkan.

2. Namun kini dengan kejayaan filem Sheriff, mungkin lepas ini akan lebih banyak lambakan filem tempatan yang memaparkan sisi gelap suatu entiti.


3. Contohnya sisi gelap agensi kerajaan, sisi gelap ahli politik, sisi gelap sekolah asrama, sisi gelap pertubuhan kebajikan, sisi gelap media sosial, sisi gelap rukun tetangga dan sebagainya.

4. Dia macam dulu la, masa filem hantu meletup, semua nak buat filem hantu. Filem komedi meletup, semua nak buat filem komedi. Filem rempit meletup, semua nak buat filem rempit.

5. Cuma harapnya kurang lah orang yang melenting cakap "Mana ada macam tu, aku tak pernah kena pun macam tu", atau "Ini semua agenda nak mencalarkan imej dot dot dot". Dah benda pun fiksyen bukannya betul, sekadar diinspirasikan sahaja.

6. Lagipun kat mana-mana pun, walau luaran nampak bersih dan elok, sisi gelapnya pasti ada. Benda tu tak boleh dinafikan.

7. Maka cerita tentang sisi gelap lah yang paling ramai orang suka nak ambil tahu, lalu ia boleh dijual, berbanding dengan cerita tentang sisi-sisi cerah.

8. Sebab tu benda negatif, hal belakang kain, spill the tea lebih senang viral di media sosial berbanding benda-benda positif. Tabiat manusia secara semulajadinya memang macam tu.

 


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: filem sheriff narko integriti kutipan juta movie sisi gelap polis

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.