Rabu, 18 Julai 2018

5 Hilang tempat berpaut untuk membangkang kerajaan

Apabila pembangkang terdahulu kini menjadi kerajaan, dan apabila kerajaan terdahulu menjadi pembangkang, lebih-lebih lagi ia suatu yang pertama kali berlaku dalam tempoh 60 tahun, ia sebenarnya telah menimbulkan suatu suasana dan demografi politik yang agak janggal.

Bayangkan, jika dahulu apabila rakyat dan masyarakat bising je terhadap sesuatu isu yang melibatkan kerajaan Barisan Nasional, mereka akan mengadu dan suarakan kepada parti pembangkang pada masa itu iaitu Pakatan Harapan atau PAS, lalu pemimpin parti pembangkang terus memperjuang dan menjuarai isu-isu rakyat ini.

Malah pemimpin-pemimpin parti pembangkang ini akan turut sama turun ke jalanan, berdemo dan membuat bantahan terhadap kerajaan bersama-sama rakyat.


Pendek kata, jika rakyat nak membangkang kerajaan, mereka ada tempat untuk berpaut, tempat yang  boleh memberi harapan kepada mereka.

Namun apabila pemimpin politik yang bersama-sama mereka selama ini memperjuangkan segala isu seperti rasuah, ketirisan, salah guna kuasa, pembaziran, kenaikan kos sara hidup dan sebagainya kini sudah menjadi kerajaan, ramai orang yang kini dilihat seperti sudah hilang tempat untuk berpaut.

Apabila timbul suatu isu negatif yang melibatkan kerajaan, ada orang yang rasa tidak selesa namun hanya berdiam diri kerana rasa malu, ada juga yang tidak setuju tindakan kerajaan namun terpaksa menyokong dan mempertahankan kerajaan kerana tidak mahu dibelenggu rasa bersalah.

Ada juga yang tidak setuju dan terus mengkritik dan membangkang kerajaan, namun hanya membangkang secara sendirian di media sosial tanpa mengadu dan mengajak parti pembangkang sekarang terutamanya BN untuk turut sama memperjuang dan menjuarai isu mereka kerana malu nak minta pertolongan dari pembangkang sekarang.

Yalah, dulu dia juga yang kuat menghentam kerajaan BN, tapi bila BN dah jadi pembangkang, takkan nak minta BN tolong pula. Nanti kena cop sebagai macai BN pula sedangkan dulu dia la yang paling kuat tibai BN. Apatah lagi isu yang mahu diperjuangkan serupa sahaja isunya ketika BN menjadi kerajaan dahulu seperti ketirisan, pembaziran, kronisma, kelemahan tadbir urus, kos sara hidup dan sebagainya.

Lagipun UMNO dan BN sendiri ada masalah dalaman yang masih belum selesai dan terjawab, takkan rakyat nak berpaut lagi pada dahan yang sudah patah?

Maka apa yang aku nampak dalam kejanggalan politik ini, masih ada satu entiti yang bagi aku harus mengambil peluang dan kesempatan ini untuk menjuarai pelbagai isu rakyat, tidak lain dan tidak bukan iaitu PAS.

Kerana apa?

Kerana PAS adalah satu-satunya parti yang masih belum pernah menjadi kerajaan di peringkat persekutuan di Malaysia. Oleh itu PAS perlu menjadi lebih aktif, lebih rajin dan lebih menyantuni rakyat agar dapat menjadi pembangkang yang mantap dan kuat terutama di kalangan rakyat.

Bila PAS dah menjadi pembangkang yang kuat malah lebih kuat dari BN, tak mustahil dalam pilihan raya akan datang, PAS pula yang akan dipilih untuk membentuk kerajaan Malaysia, mana tahu? Manakala PH dan BN boleh bersama-sama berkongsi kerusi pembangkang pula.

Dalam demokrasi hari ini, tiada apa yang mustahil.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: pembangkang rakyat masyarakat hilang tempat berpaut mengadu masalah pejuang isu bantah kerajaan ph bn pas

5 ulasan:

  1. amin pas ambik giliran jadi kerajaan hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. 💀💀💀💀💀💀💀💩💩💩💩💩🐷🐷✏

      Padam
  2. Pas? lambat lagi la... rakyat Kelantan pun tak terbela. Kesian aku tengok banyak bisnes tutup dan ramai orang muda keluar ke negeri lain nak cari duit.
    Pas tak nak majukan kelantan takut org kelantan jadi bijak, berfikiran terbuka, pandai menilai dan mempersoalkan kerajaan lalu sokong parti lain. Ini pendapat aku sebagai anak jati kelantan sendiri.

    BalasPadam
  3. Pas ada kekuatan tapi coverage terhad

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.