Ahad, 30 Disember 2018

4 Antara warkah, tsunami dan restoran fast food

Hari ini baru sahaja pulang setelah bercuti seminggu. Dalam minggu ini juga ada macam-macam isu hangat yang aku hanya sempat baca di Facebook sahaja. Berikut antara sedikit ulasan tentang beberapa isu yang tular dalam minggu ini.


1. Warkah adinda kekanda dari Cordova

Tak nak komen panjang. Ia sangat loya dan memualkan. Too much cringe. Elok-elok takde isu sendiri cipta isu sampai habis kena troll.


Dan bagi aku kalau Nurul Izzah nak letak jawatan dalam parti ke apa, itu hak dan pilihan dia. Mungkin dia sendiri ada impian lain yang dia nak buat sejak dulu lagi tamun tak kesampaian sebab dia terjebak dalma kancah politik pun secara tak sengaja selepas kes ayah dia tahun 1998 dulu.

Lalu memandangkan PH dah menang dan jadi kerajaan, ibu bapanya pun dah kembali aktif ke kancah politik, mungkin dah tiba masa untuk dia mengundurkan diri dan kejar semula impian dia. Mungkin. Apa-apa pun itu adalah pilihan dia, dan kita perlu hormat pada pilihan dia. Menulis warkah kekanda adinda yang sangat panjang berjela untuk memujuknya adalah suatu yang tidak perlu.

2. Tragedi tsunami Banten

Cukuplah dengan rasa simpati, empati dan doa kepada mangsa. Tak perlu jadi penunggang tragedi menambah kesedihan pada keluarga mangsa. Bukan tak boleh berdakwah tapi tak kena masa dan cara.


3. KFC dan McD naik harga

Kepsi dan Mekdi bukanlah makanan ruji, tapi dari dulu kedua-duanya boleh dikelaskan sebagai fast food bajet mampu beli oleh golongan marhaen. Tapi nampaknya sekarang Kepsi dan Mekdi dah jadi fast food untuk golongan ada-ada.

Kalau nak kena bayar sampai RM16 - RM20 untuk satu set, lebih baik la makan kat restoran lain yang harga lebih kurang sama tapi lebih sedap. Maka jangan salahkan pelanggan kalau ramai yang boikot dan berpindah makan ke restoran lain.




P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: surat terbuka warkah dari cordova menteri agama mujahid kepada nurul izzah anwar pkr ustaz dusuki tsunami banten komen instagram harga mcd kfc naik kpdnhep siasat sst

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. PrOoTt💨💨..arghhhhhh lega baq hang...💦💫

      Padam
    2. Bisjut kepala bapak ko. Lahanat

      Padam
  2. Cuti kemana noob..apa agenda noob sempena tahun baru nii..umur makin meningkat..entahlah..🤒💭🗯🗨👙👔💦💦💦💦

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.