Jumaat, 2 Ogos 2019

5 Kenapa tak pernah jumpa bangsa Cina jual burger?

“Aku tak pernah nampak bangsa Cina jual burger. Kau pernah nampak?”

Ramai yang jawab,

“Tak pernah.”

Tapi kita selalu nampak orang Cina jual durian kan? Kenapa? Sebab pasti menguntungkan!

Kaum Cina sudah dikenali mempunyai “root of civilization” yang baik dalam dunia perniagaan. Jadi mereka pasti melakukan perniagaan yang pastinya berlipat ganda menguntungkan.


Berapa margin untung menjual burger? Jika sebiji burger dijual dengan harga RM6, margin 100% sekali pun. Kau kena jual 100 biji burger untuk dapat pendapatan RM300 sehari.

Boleh ke kau jual sehari 100 biji burger?

Sebaliknya kalau kau jual durian, 1 kilo kau boleh untung RM10. 1 trip kau boleh angkut 200kg pakai Hilux. Modal lain, kau hanya perlu ke tempat kebun-kebun durian yang tengah bermusim.

Aku sendiri pernah jual durian depan Giant Setiawangsa satu ketika dulu. 1kg durian Musang King, aku beli dari Raub dalam RM25, aku jual RM35 sekilo di KL. 1 hari average aku jual 100kg.

Jadi sehari aku dapat RM10 x 100kg = RM1000, tolak modal pergi Raub dengan bayar member teman aku, aku untung dalam RM650 sehari. Paling busuk pun, sehari untung bersih aku dapat RM500.

Siapa nak bagi? Kan? Kerja pun tak sampai satu hari.

Apa-apa pun, tak perlu difikirkan sangat untung tu,

Kawan cina aku ajar,
RM1 pun wang,
RM10 pun wang.

Bukan aku nak mengutuk orang jual burger, apa yang aku nak sampaikan ialah carilah peluang yang ada. Sentiasa berfikir bagaimana nak hasilkan lebih dengan waktu yang kau spend sama.

Kalau kau boleh jual 10 burger dalam masa satu jam, kau akan mendapat keuntungan dalam RM30, tapi kalau kau dpt jual 10kg durian dalam masa satu jam, kau akan dapat RM100. Tempoh masa yang sama, produk berbeza, keuntungan sangat lebih.

Kau orang dah tau kenapa orang Cina jual durian, bukan burger?

Sumber dari FB Nik Izwan Kamel, Co-Founder SCRUT.


* * * * * * * * * *

Tak dinafikan apa yang ditulis ada unsur motivasi, tujuannya untuk memberi inspirasi dan menaikkan semangat orang Melayu untuk bijak cari peluang dalam perniagaan, namun perbandingannya kurang sesuai.

Jadi kenapa sebenarnya kita tak pernah jumpa kaum Cina jual burger?

Pada pandangan aku antara sebab utamanya orang Cina tak jual burger tepi jalan adalah kerana ia adalah makanan yang perlu dimasak. Kalau orang Cina jual burger di kawasan yang ramai orang Melayu, rata-rata orang Melayu takkan beli pun disebabkan sentimen agama.

Tengok restoran Cina lah, kalau dia cakap "no pork" atau halal sekali pun, nak jumpa pelanggan Melayu hampir mustahil. Kau sendiri kalau tengok orang Cina atau India masak burger tepi jalan, kau rasa kau nak beli ke? Ini bukan isu perkauman tapi lebih kepada keagamaan.

Berbeza dengan bahan makanan mentah yang tak perlu dimasak atau belum dimasak macam buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, sotong, udang dan sebagainya. Benda tu orang Cina jual pun orang Melayu tak kisah beli sebab tiada isu halal haram. Kan ramai je kat pasar apek Cina jual sayur, ikan dan sebagainya. Banyak ke untung? Silap-silap jual burger lagi banyak untung.

Kita memang perlu belajar untuk sentiasa mencari peluang lebih-lebih lagi yang mendatangkan untung yang banyak, tapi iu bukanlah sebab utama kenapa orang Cina tak jual burger. Malah kalau ikutkan ada je orang Cina jual burger, malah burger babi pun ada, tapi kat pasar Cina dan kawasan yang majoritinya orang Cina lah, sebab tu kita susah nak nampak.

Lagipun orang Cina tak suka sangat makan burger tepi jalan macam orang Melayu, jadi pasaran burger pada masyarakat Cina sendiri kecil. Jadi mereka jual lah yong tau fu, bihun goreng, dim sum, ayam goreng, kuih pau dan lain-lain makanan yang lebih digemari oleh masyarakat Cina.

Sebab tu perbandingan jual durian dengan burger tu agak kurang tepat. Malah orang jual durian pun ikut musim, orang jual burger tiap-tiap malam pun boleh. Lagipun kalau dah semua orang disarankan jual durian, siapa nak jual burger.

Sekadar 2 sen.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: kenapa tak pernah jumpa bangsa kaum cina india bukan melayu islam jual burger tepi jalan ramly

5 ulasan:

  1. Jual Burger nk disamakn dgn jual durian apakejadahnya..yg jual durian hampir pasti ada kebun sendiri..ko bos,ko juga kuli..kurangkan mkn burger,bykkan mkn tempe..kikiki..🍔🍟🌮🌭🍫🍫🍫🍨🍩

    BalasPadam
  2. mungkin orang melayu banyak jual burger sebab selalu dimomok momokkan dengan kes viral anak melaayu yang berjaya dengan jual burger kot...

    BalasPadam
  3. Aku tolong kawan aku jual burger, income sebulan Dia dapat rm 20,000 ke 21,000 sebulan, tak cukup ke banyak ni admin?

    BalasPadam
  4. ye ke orang cina ni root of civilization? tak kot..

    BalasPadam
  5. Civilization le sangat, sampai berak & kencing tak payah basuh! Pakai dental je.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...