Ahad, 18 Ogos 2019

4 Zaman pemimpin dan ahli politik hilang kepercayaan

1. Ahli politik dan pemimpin kerajaan ini kadang-kadang rasa macam hebat dan banyak sokongan, padahal dia naik dan dapat jawatan sebab kena "carry" je.

2. Pemimpin BN selama ini memerintah kerajaan pun sebab kena carry dengan sentimen parti Melayu dan parti komponen kaum.

3. Ahli politik PH boleh jadi pemimpin kerajaan sekarang ni pun bukan sebab banyak penyokong apa pun tapi sebab kena carry dengan Tun Mahathir masa PRU14.

4. Untuk masa sekarang yang aku nampak cuma tinggal 2 pemimpin je yang betul-betul nampak ramai penyokong iaitu Tun Mahathir dengan DS Najib.


5. Kalau dulu yang sangat ramai penyokong juga adalah Allahyarham Tok Guru Nik Aziz dan juga DS Anwar Ibrahim, cuma DSAI sekarang dah hilang taring.

6. Serius, berapa ramai yang boleh mengaku yang dia adalah penyokong tegar Lim Guan Eng, Syed Saddiq, Mat Sabu, Muhyiddin Yassin, Dr. Maszlee, Azmin Ali, M. Kulasegaran, Wayta Moorthy, Zahid Hamidi, Tengku Adnan, Khairy Jamaluddin dan sebagainya, yang sanggup mempertahankan mereka di media sosial berhabis-habisan dan sanggup turun padang bersolidariti bersama mereka?

7. Yang aku nampak, buat masa ini hanya Tun Mahathir dan DS Najib je yang masih ramai orang sanggup turun dan mempertahankan mereka.

8. Jadi ahli politik dan pemimpin kerajaan serta pembangkang lain tu, relaks. Bila ada apa-apa isu jangan nak gelabah sangat nak bagi kenyataan itu ini. Bawak bincang dulu dalam Whatsapp group korang. Tanya pandangan orang lain untuk kesepakatan bersama. Takkan sesama menteri dan ahli politik takde Whatsapp group?

9. Korang tu sudah lah tak ramai penyokong, ramai pulak haters, naik pun sebab kena carry, jadi jangan perasan sangat dan tak perlu berlagak macam korang ramai sangat penyokong dan pengaruh. Penyanyi budak-budak baru nak up pun lagi ramai penyokong dari korang tahu tak. Penjawat awam dan rakyat boleh ikut cakap korang pun sebab sekarang korang ada jawatan dan kuasa je, bila nanti dah takde jawatan diorang tak peduli dah pun kat korang.

10. Sekarang adalah zaman di mana ramai rakyat sudah tak percaya pada ahli politik. Dulu masa zaman kerajaan BN, rakyat ingat bolehlah percaya dan berharap pada pembangkang masa tu. Sanggup turun ke jalanan, berhimpun dan berarak. Sekarang bila dah jadi kerajaan pun tengok sama dengan je, jadi semua ahli politaik pun tak boleh pakai tak kiralah kau parti mana. Nak ajak berhimpun pakai baju kuning baju hitam baju putih baju oren baju merah baju jingga? Jangan bermimpilah.


 P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.



https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: zaman pemimpin ahli politik kerajaan pembangkang menteri hilang kepercayaan 

4 ulasan:

  1. Seorang lagi, Haji Hadi. Sebut aje ada Perhimpunan RUU di KL, berpuluh-ribu akan turun sebagai solidariti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengkoraq ko..hadi awang tuu siapa?..hanya seketul taikk unta jerr..🐫🐪💩💩

      Padam
  2. Nampak gaya kena cipta persepsi baru jatuhkn semula kerajaan PH.. Persoalannya, parti mana yang mampu lakukan perubahan.. Haprak jer tinggal
    ..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.