Ahad, 22 Disember 2019

1 Betapa rapuhnya sumber bekalan air bersih kita

1. Bekalan air di beberapa kawasan di Selangor terganggu lagi sejak beberapa hari lepas. Puncanya, loji Rawatan Air Sungai Semenyih sekali lagi tercemar dengan pencemaran bau.

2. Ini kali kedua berlaku dalam tahun ini, kali pertama pada bulan September 2019 kerana terdapat pihak yang tak bertanggungjawab membuang sisa air kumbahan yang tidak dibenarkan ke sungai Semenyih.

3. Bekalan air merupakan salah satu keperluan asas utama untuk kehidupan manusia. Tanpa bekalan air yang bersih, manusia tidak dapat mandi, bersuci, ambil wuduk, basuh baju, minum air dan sebagainya.


4. Insiden ini menunjukkan betapa vulnerable atau terdedahnya kita pada bahaya. Kalau ada orang jahat atau musuh nak pedajal kita, sabotaj sahaja sungai dan empangan yang menjadi bekalan air dan kita semua akan terkena kesannya.

5. Aku tak mahu salahkan pihak berkuasa 100% sebab ya lah, takkan nak letak pagar elektrik atau pondok pengawal kat sepanjang sungai di Malaysia, tapi pihak berkuasa perlu ada satu mekanisma juga untuk mencegah hal ini dari berlaku atau mungkin pelan kontingensi kerana ia melibatkan keselamatan negara.

6. Kebanyakan sumber bekalan kita hanya ada satu sahaja. Bekalan elektrik hanya ada satu pembekal sahaja iaitu TNB. Bekalan air hanya ada satu pembekal sahaja mengikut negeri. Sumber kuasa utama TNB kena sabotaj, that's it terus takde elektrik. Sumber bekalan air utama kena sabotaj, that's it terus takde air.

7. Sumber bekalan air atau elektrik kena sekurang-kurangnya ada dua punca yang akan bertindak sebagai backup jika sumber utama terputus atau mengalami gangguan.

8. Macam kes ini kalau loji Sungai Semenyih tercemar, patut bekalan air boleh terus disalurkan dari loji yang lain dari sungai atau empangan yang paling hampir sementara proses baik pulih sedang dijalankan. Ini cuba bayangkan kalau seminggu proses baik pulih tak selesai, seminggulah penduduk yang terlibat tak dapat air.

9. Come on, ini air kot, bukan Internet. Line Internet takde sehari pun orang bising, kau ingat orang boleh tahan takde air beberapa hari? Nak masuk tahun 2020 tak payah sembang pasal kereta terbang kalau infrastruktur asas pun asyik banyak masalah.

10. Akhir kata, pihak pelaku celaka durjana yang bertanggungjawab, hanya sebab kau pentingkan diri, 300,000 pengguna kena tanggung, silap-silap rumah kau dan ahli keluarga kau sendiri pun kena takde air. Kan bodoh kerja yang kau buat tu. Serius bodoh. BODOHHHHHHHHHHHHHH!!!


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: loji rawatan sungai semenyih tercemar lagi pencemaran bau najis gangguan bekalan

1 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Ads RichPartners