Selasa, 31 Disember 2019

0 Catatan hari terakhir Tahun 2019

Alhamdulillah, kita masih diberi nafas dalam persinggahan yang sementara ini. Sebenarnya aku agak teruja nak masuk tahun 2020 kerana sejak aku sekolah rendah lagi visi Wawasan 2020 dah tertanam dalam hati, jadi 2020 yang bagaimana akan kita lalui bermula esok hari?


Sepanjang tahun 2019 ini tiada apa yang berubah sangat dalam hidup aku. Namun perkara terbesar yang berlaku tahun 2019 adalah aku kehilangan seorang bapa, akaun Youtube lama kena demonetized, menjalani kehidupan selama 3 bulan tanpa isteri kerana beliau outstation di luar negara, anakku menjalani ujian UPSR dan aku mula buat video animasi di Youtube.

Nak cerita pasal azam, aku memang dah lama berhenti berazam tahun baru. Aku rasa aku tak perlukan azam untuk tentukan hidup aku. Bila-bila masa kalau aku rasa nak buat sesuatu, aku buat je terus.

Akhir kata, semoga tahun 2020 baik-baik sahaja untuk aku, dan kamu sekalian.

Selamat Tahun Baru 2020!


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: catatan hari terakhir 2019 selamat tahun baru 2020 ucapan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.